murabbitun

murabbitun

Friday 26 September 2014

Zulhijjah dan Hajj

Bulan Zulhijjah telah pun menerpa umat Islam, melambai-lambai dhuyufurrahman yang sudah rindu ke Tanah Haram. Alhamdulillah diri ini telah diberikan peluang kira-kira 3 tahun lalu menjejak kaki ke sana melaksanakan ibdah umrah. Benar kata orang, sungguh rindu dan ingin berziarah lagi.

Rindu pada Kaabah

Rindu pada Madinah.

Semoaga ia membawa rindu kepada Allah dan Rasulnya

Insya-Allah


Pertemuan sekali itu ibarat mengecas bateri keimanan dan kini saya merasakan bateri itu kian lemah.Ya, kian lemah.

Saya mencari-cari sesuatu yang boleh menyuburkan rasa rindu kepada Allah dan Rasulnya, lalu terjumpa petikan ini dalam sebuah buku.

'Perjalanan jamaah haji tidak sama dengan permusafiran yang selainnya, ia bukan sekadar perjalanan dengan jasad-jasad menuju ke Mekah, mengunjugni Kaabah, Bukit Arafah. Ia merupakan perjalanan rabbaniyah, perjalanan nuraniyah, perjalanan hati-hati dan roh menuju Yang Maha Penciptanya, memperkukuhkan hubungan dengannya, kesinambungan kekuatan, kehidupan, kebahagiaan dan bekal ketaqwaan merupakan sebaik-baik bekal' 
Haji sudah tentu berbeza dengan ibadah umrah. Walaupun saya tidak pernah melaluinya tetapi itu yang saya rasakan.



Rindu, rindu pada Rabb.

Semoga ia rindu membuah iman dan amalan.

Memasang niat untuk menyahut seruan Rukun Islam ke lima, moga Allah mengizinkan hamba-Nya ini.


AfNadz Hanif
27 September 2014
8:59 am

Tuesday 8 July 2014

Syair Buat Pengantin

Mari hayati pesanan isteri 'Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."


Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:


Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.


Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada 'dua bahagian muka syiling'. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Trip to Cambodia

Alhamdulillah, 16 Jun 2014 berpeluang bermusafir ke Kemboja bersama asatizah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Sangat memorial!

Melawat sekolah tahfiz, sekolah agama, dan menyampaikan sumbangan.

Menikmati sup daging masyarakat Champ yang sangat enak.

Tidur di rumah kampung masyarakat Champ.





Lepas makan sup daging kemboja, sedap!


Tuesday 20 May 2014

Walau sekecil usaha, teruskan!

Jangan diperkecil sebarang usaha. Kan Allah dah kata. 
'Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. ' ~ Az Zalzalah : 7 

Juga jangan dibiar walau sekecil perkara. Kan Allah dah kata. 
' Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.' ~ Az Zalzalah : 8

Selamat Hari Buruh.
Salam 1 Mei
Salam Rejab
Salam Rakyat Marhaen



(Salam 1 Mesia tak termasuk yer).

Kereta kena Clamp?

Isu ini pasti biasa bagi seorang mahasiswa di universiti.
Saya nak juga share di sini.

***


14 Mei 2014,

Cerita lawak di pagi hari. 

Isu akhir sem i***, kereta student clamp dan parking tak mencukupi akibat lambakan kereta dan bilangan parking tak mencukupi. 

Dah bertahun rasanya...resolusi nampaknya tak berkesan kerana setiap tahun perkara yang sama berlaku.

Kena naik HEP, apa la prosedur nak tuntut semula kereta ni.

* gambar panas, baru 15 minit lepas kena clamp. - tiada gambar-



Setelah bertapa di HEP

Kes selesai, dikenakan amaran keras. 

Bagi saya berurusan dengan HEP mudah jika jujur dan menjaga adab sebagai seorang pelajar. 

Strateginya, berterus terang dan hubungkan silaturahim.

Sampaikan cadangan kita dan terima penjelasan mereka.

***

Tahniah ydp ******* kerana pantas take note kebajikan pelajar, meluangkan masa di HEP untuk 'menarik rambut dalam tepung'.

*Isu pelajar dah beli tiket flight awal dari tarikh cuti.
*Isu tempat parking dengan clamp.

Itulah isu setiap akhir sem. Tunggulah perkhabaran dari ydp sendiri.

***
Pahit untuk diakui, sebenarnya pelajar yang susah nak terima kenyataan yang tidak boleh balik awal.

Entah. Nak cari sudut tertindas tu tak jumpa la pulak. Jadi, titik mana yang perlu dikasihankan?

Cc: YDP


***

Kesimpulan, mahasiswa perlu cekap dalam menangani isu-isu di sekeliling mereka. Walaupun kecil perlu diselesaikan dengan baik. Hal ini kerana universiti adalah medan latihan untuk mahasiswa memimpin negara kelak. 

Mahasiswa perlu cepat berfikir dan bertindak secara profesional dan waras. Mahasiswa adalah ahli akademik. Oleh itu, tingkah laku profesional harus ditunjukkan.

Mahasiswa Malaysia?

Mahasiswakah mahasiswa Malaysia? *tajuk forum yang tidak dapat saya hadiri. 


Pendapat saya, mahasiswa Malaysia tahun 60-an pada zaman pasca-merdeka dahulu telah pun berperanan selaku mahasiswa, mahasiswa kini masih ke arah itu. ^.^

Menggalas tugas sebagai seorang pemimpin bukan mudah kerana dia akan menggalas tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ummah (masyarakat). 
Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. 

Bertabahlah jika anda sedang memegang amanah itu!



Give and Take Dalam Kehidupan

Hari ni kita di ajak ke kenduri dia, esok-esok kita ajak dia datang kenduri kita.

Hari ni kita pergi program dia, esok-esok dia datang program kita.

Kalau bukan dia yang datang sekali pun, keturunan dia.


***
Give and take dalam kehidupan. 

Kita yakin Allah Maha Adil, 

Jadi kita tidak akan risau akan rezeki dan kepunyaan kita, 

Allah akan beri. 

Kalau bukan sekarang, mungkin minggu depan, bulan depan atau anak-anak kita yang dapat.

Jangan resah, Allah ada. 

InsyaAllah.

Yakinlah pada janji Allah. 


*** 

Memenuhi jemputan orang mukmin dapat pahala, menunaikan permintaannya dan menggembirakan hatinya.


Alangkah ajaibnya perihal orang mukmin.

Monday 12 May 2014

Menulis jiwa saya

Dalam menyampaikan sesuatu mesej, saya lebih tertarik menggunakan aksara tulisan berbanding dengan lisan dan bunyian (muzik).

Mungkin berbeza dengan anda, dengan menulis saya merasakan saya dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan dengan lebih tersusun serta difahami oleh orang lain.

Namun begitu, kini masalahnya...melalui pembacaan, manusia mungkin boleh salah tafsir maksud penulis dan tidak dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh si penulis.

Salah satu cita-cita saya dahulu menjadi seorang penulis.
:)

Anda pula bagaimana?

Saturday 10 May 2014

Penjenayah dalam Perjuangan!

Peringatan keras buat diri 
Dalam "PERJUANGAN" pun ada "PENJENAYAH", jangan main-main...
Siapa dia??

Yang sengaja mari usrah lambat..
Yang malas mari mesyuarat..
Asal suruh mari program tarbiyah suka bagi alasan...
Asal diminta berkhidmat tak nampak muka..
Malas pergi majlis ilmu..
Dan banyak lagi..

Siapa ada ciri-ciri diatas, ketahuilah bahawa dia adalah "PENJENAYAH" dalam "PERJUANGAN"..
~quito : terima kasih ustz~ alhmdlh kena ketuk bru tengadah!!! Huhu

Thursday 1 May 2014

Tetaplah, kebenaran pasti akan menang!

Perjuangan hari ini bukan lagi untuk mencari kebenaran tetapi perjuangan hari ini adalah perjuangan  untuk mengangkat kebenaran dan meletakkannya di tempatnya.


Sahabatku yang disayangi,

Ketahuilah bahawa kezaliman kadang-kadang memang mengambil masa yang panjang tetapi ia tidak akan kekal sama sekali.

Namun, kebenaran yang kadang-kadang lemah dan diberi tekanan tetapi pasti ia akan menang.

Pasti kebenaran akan menang!

Namun, persoalannya bila?
Hanya dalam pengetahuan Allah, jika tidak di dunia, di akhirat itu pasti.

Kita selaku hamba-Nya tetaplah di jalan Allah, memperjuangkan agama Islam, satu-satunya agama yang Allah redhai ini.

 Tetaplah sehingga kemenangan milik kita.

Tetaplah sehingga hujung nyawa.

kerana,

KEBENARAN PASTI AKAN MENANG!


Surah Muhammad, Ayat 7

Ya ayyuhallazina aamanu intansurullaha yansurkum wayuthabbit aqdaamakum.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

O you who believe! If you will aid (the cause of Allah), He will aid you, and plant your feet firmly.



Catatan Motivasi Dakwah

Di waktu mudamu,

Jika engkau malu dalam berdakwah,

Cukuplah malu dengan Usamah bin Zaid,

Menjadi Panglima Perang pada umur 19 tahun.


Di waktu mudamu,

Jika engkau malu dalam berdakwah,

Cukuplah malu dengan Muhammad Al-Fateh,

Menawan Constatinople pada umur 21 tahun.


Di waktu tuamu,

Jika engkau malu dalam berdakwah,

Cukuplah malu dengan Abu yyub Al-Ansari,

Berumur 70 tahun dalam usaha menawan Constatinople,

Lalu jasadnya disemadikan di hadapan pintu gerbang kota itu.


Isyarat dakwah tiada henti, tidak kira muda atau tua. Umat dahulu telah membuktikannya!
Ayuh wahai diriku, apa yang telah engkau sumbangkan untuk ummah?

Wanita Soleha Bidadari Surga






Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah..
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa
Laksana surga di dunia
Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai sholehah
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa
Sejukmu menentramkan jiwa
Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga
bak permata berharga

berbinar indah dalam kesucian jiwa



Muslimah, dirimu begitu berharga. 
sesungguhnya aku menyayangimu.
:)

Tuesday 29 April 2014

Awan Oh Awan...

Kebelakangan ni suka tengok awan. Dan jatuh cinta pada awan. Tak tau kenapa.

Kadang-kadang rasa nak bebas macam awan. Ke utara, selatan, timur, barat.

Tapi betul ke awan tu bebas? Mana awan tu pergi, tetap di langit juga. Tak pula turun ke sungai, laut, padang bunga, atau KLCC.

Manusia. Buatlah apa yang kita suka. Tapi kena ingat, bila mati, kita akan kembali pada Allah juga.

Jadi adakah kita benar-benar 'bebas'?

Tidak. Di dunia kita diikat dengan peraturan Allah, sebagai ujian untuk menentukan darjah keimanan. Kita cuma akan bebas sesudah mati, sesudah ditentukan ke syurga (inshaAllah) atau ke neraka (nauzubillah).

"hiduplah seperti mana yang kamu suka, tapi ketahuliah kamu akan mati juga akhirnya." - kata-kata Jibril kepada Nabi Muhammad SAW.

:)

Sunday 27 April 2014

Cerita tentang BM

BM disini membawa maksud Baitul Muslim. Rumah tangga muslim. Actually, soal perkahwinan la.

Istilah yang sama tapi baitulmuslim membawa maksud lebih mendalam.

Ikhwah dan akhawat. Nasihat ini juga untuk diri sendiri ini.

Kalau sedang fikir tentang BM, fikir juga tentang taklifan lain. Peduli sahabatmu, kerjamu, tarbiyahmu dan dakwahmu.

Ia benar ianya sesuatu yang besar dan perlu kritikal memikirkannya. Perlukan keseimbangan. Jangan letak tepi terus perkara lain hanya kerana bakal mendirikan rumah tangga. InsyaAllah.
Jangan sampai yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran.

Entah. Taknak cakap banyak sebab tal lepas lagi ujian part ini.

Saturday 26 April 2014

Uslub Dakwah

Uslub dakwah merupakan salah satu dari 4 rukun dakwah selain daie, mad'u dan maudhu' (tajuk).

Uslub membawa makna cara, method dan cara. Setiap daie mempunyai cara tersendiri dalam mendekati mad'unya.
Tiada strategi tertentu yang dapat dijamin bahawa ianya ialah strategi yang paling baik dalam mendekati -approching- mad'u.

Boleh juga dikatakan bersifat subjektif.

Terdapat orang yang peramah, lalu dia mendekati mad'u dengan mudah, sembang sikit...orang mudah mesra.

Ada juga orang yang kurang skill kata-katanya, dia gunakan flyers sebaran untuk memberi kefahaman kepada mereka.

Banyak cara lagi yang boleh dimanfaatkan dalam mendekati mad'u. Seperti media massa, facebook twitter dan sebagainya.

Dan saya nak share, satu strategi yang umum, insyaAllah boleh diaplikasikan untuk mana-mana jenis mad'u.

Formula

'Adtho' am qobla kalam' ...makanan sebelum lisan.

Bermakna dalam usaha mendekati mad'u, kita ikat terlebih dahulu perutnya. Selesakan dia dengan kita melalui makanan. Terpulang samada makan yang macamana. Selalunya, lepas makan, kenyang perut, suka hati. Hehe.

Barulah lepas makan, sembang-sembang ringan, masuk tajuk yang ingin disampaikan. InsyaAllah masa ini gap antara kita dan dia sudah tidak begitu tinggi. Mudah untuk kita masuk ke dunianya. :)

Memang ia memerlukan masa dan ongkos sikit la kan.
Tapi jika ianya untuk perjuangan Islam, adakah patut kita merasa rugi?

Boleh la aplikasi lepas ini kepada anak2 usrah dan sesiapa sahaja.

Semoga berjaya!







Nak pikat sesiapa je, bapak mertua pon boleh.

Friday 11 April 2014

Beringat-ingatlah

Ingat semula.

Apa tujuanmu

Apa fokusmu

Apa tanggungjawabmu

Apa keperluanmu

Apa yang harus engkau langsaikan

Apa sebenarnya yang engkau perlu kejar-kejarkan

Dunia
Atau
Akhirat

Ilmu
Atau
Hiburan

Muslimah
Atau
Perempuan

Redha Allah
Atau
Redha Manusia

Ianya ialah proses latihan
Sesekali kita akan buat silap

Maafkan diri
Dan bina semangat baru

Cipta kejayaan
Bukan
Kejar kejayaan. 

:)

InsyaAllah.
Beringat-ingat.

Jika leka, ingatlah.

Saturday 5 April 2014

Reset niat dengan cinta <3

Reset niat...
Setting niat.

Buat sesuatu bukan untuk tonjolkan diri atau menampakkan diri hebat.

Tapi

Buat kerana cinta.

Cinta kepada Allah,
Cinta kepada Nabi,
Cinta kepada keluarga,
Cinta kepada sahabat,
Dan
Cinta kepada tanggungjawab.

Kuasa cinta ampuh
Buktikan!

:)

Sunday 23 March 2014

Alternatif Hadapi Mad'u Gen Y

Cara hadapi mad'u Gen Y. Boleh diaplikasi sama ada dalam atau program oleh naqib.

Alternatif ini hanya dari sudut pandang pengalaman sahabat2 yg saya kumpulkan, bukan kajian mahupun cadangan ilmiah.

Simtom= penyakit @ gejala
Alternatif= cadangan penyelesaian

*** *** ***

1. Simtoms: Gila gajet@ motor
Alternatif:
-gunakan alternatif seperti Whatsapp, Twitter, Facebook dll sebagai medium untuk naqib berikan tugasan kepada mad'u.
-Gunakan gajet untuk akses kepada maklumat semasa dalam usrah.
- Berikan buku2 dakwah tarbiyah dalam bentuk pdf yang boleh diakses oleh mad'u di dalam handphone mereka.
-anjurkan rehlah atau konvoi bermotor ke tempat2 rekreasi

2. Simtoms: Sukakan hiburan@movie
Alternatif:
-Naqib boleh assignkan mad'u untuk bedah movie@filem, dan lihat dari sudut tertentu.
-Contoh filem: 
- Kung Fu Panda -tidak berputus asa menuntut ilmu
-The Avengers- kewajipan melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar secara berjemaah.
-Aku Ada Wali- cinta dalam Islam

3. Simtoms: Kepala rasional dan intelektual
Alternatif:
Beri penerangan sebelum minta mereka lakukan sesuatu. Naqib perlu bersedia dengan fakta2, seperti fakta kesihatan, fakta, isu semasa, dalil naqli.

4. Simtoms: Kepala akademik
Alternatif:
Naqib boleh buat usrah bersama dengan mad'u, bantu mereka selesaikan masalah akademik. Naqib boleh jemput orang lain sebagai guru tution@motivator. Raikan mad'u.
Pada akhir sesi usrah yg lain, boleh muhasabah kembali apa tujuan sebenar kita belajar? Adakah untuk pointer? Atau niat kerana Allah? Terapkan kefahaman jika kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita.

5. Simtoms: Suka selebriti@idola
Alternatif:
Mad'u jenis ini mahukan selebriti@artis dalam program2, jika ada baru ramai yang turun. Sebagai naqib, boleh tayangkan selebriti@kupas buku selebriti idaman mereka. Pasti mereka rela melakukannya.
Atau naqib juga boleh memanggil ikon@ individu terkenal di tempat2 pengajian sebagai 'selebriti dalaman' untuk menyampaikan pengisian program.

6. Simtoms: Suka muzik
Alternatif: Wujudkan kumpulan nasyid islami@band islamic dalam komuniti.anda. Lagukan lagu2  bersifatkan rabbani, sudah berlambak di pasaran.
Atau ubah liriknya, parody sudah masyur sekarang. Gunakan untuk pendekatan dakwah.

7. Simtoms: Suka memberontak
Alternatif: Gunakan teknik ping pong. Puji dulu, baru smash!!

8. Simtoms: Suka program santai
Alternatif: Laksanakan modul yang kreatif bukan duduk dalam kuliah sahaja. Anjurkan ekspidisi2 ke pantai, gunung, air terjun. Letakkan beberapa check point untuk kita berhenti laksanakan usrah ringkas. Pasti menarik!

Akhir kalam, sebagai peringatan.
Usaha2 yang kita lakukan ada strategi semata2, usaha di pihak kita manusia untuk menyampaikan Islam. Allah jua yang memegang hati, memberi hidayah.

Sahabat saya pesan, yang penting dalam usrah kita ikat hati mad'u. Power of love <3

>afnadz hanif
230314
04:47 pm

Kenali Mad'u Gen Y

Gen Y ialah generasi yang lahir tahun 90-an hingga 2000.

Mereka yang lahir di zaman milineum.
Zaman arus perubahan.
Generasi ini amat unik dan berbeza dengan generasi sebelumnya.

Pastinya juga pendekatan dakwah dan tarbiyah untuk mereka adalah juga berbeza. Amat penting untuk daie mengenal klien mereka.

Jadi, saya senaraikan sifat-sifat generasi Y.

1. Otak rasional
-perlukan hujah dalan setiap perkara yg dilakukan.

2. Sukakan hiburan@muzik
-movie, novel, lagu, band

3. Kaki gajet
- hidup dengan smartphone, ipad, ipod, dll.
- berkawan dengan Facebook, Google, Youtube.
-termasuk juga kaki motor

4. Suka selebriti@personal terkenal
-kalau penceramah tak terkenal, susah nak datang.
-ada idola masing2,

5. Intelektual
-pandai2 belaka
-kaki akademik, otak belajar

6. Suka program santai
-suka rehlah2, yang 'hard' susah sikit nak masuk.

Senarai di atas adalah berdasarkan perbincangan kami semasa daurah, bukan fakta akademik ya.

Susah tentu sifat-sifat ini dipengaruhi oleh keadaan semasa, latar belakang pendidikan, ibu bapa dan yang paling penting dipengaruhi oleh peredaran arus semasa yang semakin mencabar. Zaman yang semakin canggih dan lebih terbuka.

Cara tangani mad'u ini akan saya tulis dalam post yang lain.

> afnadz hanif
230314
3:14 pm

Saturday 22 March 2014

Redha vs Mengeluh


Redha VS Mengeluh !

Ada orang tidak dapat menerima penderitaan yang dihadapinya seperti kehilangan orang yang disayangi atau harta benda. Apakah keengganan menerima keadaan perkara yang berlaku bererti menyanggah kekuasaan Allah? Apakah pilihan kita... redha atau mengeluh ?

Jika seseorang menghadapi musibah, dia wajib menerima dengan redha dan sabar. Contohnya menghadapi kematian orang yang dikasihi, kemalangan dan sakit. Dengan meyakini hikmah sesuatu musibah antaranya ialah satu ujian yang boleh meningkatkan iman dan boleh menghapuskan dosa-dosanya.

Sabda Baginda SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya." (HR: Bukhari, Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a.)

PENCERAHAN :
Bagi menghadapi musibah, Islam mengajar umatnya beberapa cara dan adab, antaranya ialah:
1. Redha dan terus husnu zan (bersangka baik) dengan Allah. Tanda Allah SWT sayang kepada kita dan Allah mengetahui kita mampu menghadapi ujian itu.

2. Mengucap 'Innalillahi wa inna ilaihi raji'un' iaitu merujuk kembali apa pun musibah yang berlaku adalah kehendak dan ketentuan Allah SWT. Allah telah berfirman :

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (QS: Al-Baqarah, ayat 156)

3. Menenangkan lidah dan badan ketika ditimpa sesuatu tetapi menangis diharuskan dan bukan menjadi kesalahan. Umat Islam tidak dibenarkan melampau
dalam menzahirkan kesedihan ketika ditimpa sebarang musibah. Mengeluh berpanjangan kerana dikhuatiri
mendatangkan perasaan seolah-olah tidak puas hati dengan ketentuan Allah SWT.

4. Berusaha menyembunyikan musibah. Berasa gembira jika diuji dengan musibah kerana mengenangkan ganjaran yang bakal diterima. Gembira dan redha secara syarie bukan secara tabie kerana tabiat manusia tentu tidak menyukai musibah. Jangan pula ketawa bila ada waris kita yang meninggal !

5. Berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT, semoga musibah yang menimpa menjadi titik tolak kepada kita untuk berubah ke arah lebih baik, lebih kuat pergantungan kepada Allah SWT, lebih menjaga syariat, lebih berusaha
menuntut ilmu dan beramal untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bersabarlah dan jangan mengeluh.

KESIMPULAN :
Kadangkala bukan sahaja kerana musibah sahaja kita kena redha dan tidak mengeluh, tetapi dalam buat kerja-kerja dakwah juga. Betullah kata sahabat...kalau buat kerja kerana Allah kita akan lebih redha dan tidak akan mengeluh bila kena kerja lebih dari orang lain... Allahu Akbar !

#ust.kay.
nota tarbiyah.

Sunday 16 March 2014

#pray4MH370

#pray4MH370.

Sembang iman dengan rumate ydp addie.

> 'Jika benar flight tu dirampas mcm yg media bagitahu, betullah sangkaan ana...huhu'

< 'Hmmm...dan Malaysia dikaitkan dgn keganasan, jadi lesen amerika yg berlagak mcm polis dunia nak 'masuk' sini..

> Boleh jadi mungkin...

< '...Enti dah dah sedia nak angkat senjata mcm palestin? Kita dah sedia nak jadi mujahidah pertahankan negara? Sedia nak perang? (nada sentap) '

*diam.tunduk.palestin di layar minda.
T.T sesungguhnya ana tidak bersedia lagi, nak hadapi fitnah akhir zaman yg semakin berleluasa.

*Semoga yang baik2 sahaja utk Malaysia...
* Ayuh kembali kepada Allah, kita tidak punya masa lagi!!
* sesungguhnya saya sedih.

Thursday 13 March 2014

Hey Yang Bergelar Daie, never do this!


'' Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yg sombong takbur lagi membangga diri. ''
Surah Luqman ayat 18

Tuesday 11 March 2014

Hargai Insan Disekeliling

Perlu sedar bahawa setiap orang disekeliling kita berusaha menjadi yang terbaik.
Kerana fitrah manusia mahukan kebaikan, tidak mahu yang sebaliknya.

Ibu bapa
Kawan
Guru
Jiran
Acik kafe
dll

Hargai mereka!
Hargai usaha mereka utk cuba buat yg terbaik.

Jika mereka melakukan kesalahan, 
Atau melakukan sesuatu yang tidak kita sukai
Pertamanya, 
Belajar untuk tenang terlebih dahulu
Kemudian, fikir dan cuba faham
Mengapa mereka bertindak sebegitu
Tanya mereka 

Boleh jadi, 
Mungkin minda kita yang tidak mampu capai apa yang mereka fikirkan
Boleh jadi, 
Mungkin juga tindakan mereka memang salah.

Oleh itu, kita semak dan siasat terlebih dahulu.
Elakkan terus 'menembak' mereka
Andaikan kita di situasi mereka
Kita juga tidak ingin diperlakukan begitu.

***

Antara perkara yang boleh dilihat di sebalik idea di atas ialah

Bersangka baik apabila ditimpa sesuatu
dan 
Rendahkan ego apabila ditegur (berlapang dada)

Bukan mudah untuk dilakukan
Juga bukan mustahil. 


***
Jom baiki diri, jadi lebih baik dalam komunikasi dengan manusia seharian.

Mencontohi peribadi Rasulullah yang sangat menawan hati
Lihat muka Baginda sahaja, hati sudah terpaut.
Kalamnya penuh hikmah 
Tidak menyakiti hati-hati orang mukmin
Pandangannya penuh rahmat

Allah..Allah. 
'...muhammadun...muhammadun, basyaru la kal basyari...'
'muhamadun..muhammadun...bal hua kal, bal hua kal, ya kuthi bainal hajari...'
Muhammad, manusia yang bukan seperti manusia
Muhammad, bahkan dia seperti mutiara di antara batu-batu..'


*Terima kasih buat anda yg menjadi terbaik buat diri ini.

>afnadz hanif
120314
11:21 am

Tergurisnya Hati


Saya sedang melalui saat pedihnya hati.
Di ketawakan oleh sahabat sendiri atas kekurangan yang ada pada diri.

Sedar bahawa diri penuuh kekurangan.
Penuh cela dan dosa
Tidak sempurna
Jauh lagi ingin merasakan bahawa diri hebat

Terima kasih sahabat atas rasa ini
Buatkan saya kembali kepada Allah
Hanya dia yang Maha Sempurna
Hanya kepada Allah ku sandarkan segala sifat kesempurnaan

Mungkin itu bukan niatnya, saya tidak salahkannya

Allah menghantar dia untuk mengingatkan saya
Untuk menguji saya
Setakat mana keyakinan dan pembuktian bahawa manusia itu lemah,
Tidak sempurna

Semoga dengan emosi merasakan diri serba kekurangan ini
Membuat saya kembali merendah diri di sisi Allah
Bukan merendah-rendahkan diri di sisi manusia

Saya akan baiki diri saya. InsyaAllah.

***

Another side,
Saya dapatkan rasakan bahawa lidah itu memang tajam
Kita rasa kita sudah berusaha tidak mencederakan emosi orang lain
Rasa sudah rasa.

Jadi selepas ini,
Semoga lidah saya terpelihara dari menyakiti orang lain,
Ini yang saya inginkan.

Maafkan saya andai lidah saya pernah menyakiti kalian,
kerana lidah muslim itu tidak menyakitkan.


salam hormat
>afnadz hanif
120314
9:16 am

Sunday 9 March 2014

Tarbiyah husno-zon dari seekor kucing!

Kelmarin, saya sedikit kalut dan bergegas-gegas mahu ke surau bersama rumate kami mahu ikut sama berjemaah dengan imam. Iqamat masjid berhampiran sudah berkumandang, tanda memang lewat sangat dah ni!

Saya dengan gembira buka pintu.

Haaaaa....eee..
Tutup pintu semula.

Ada sesuatu di muka pintu.

Tadaaaa~~

''Sedompok muntah kucing di atas karpet lap kaki kami''

Rumate saya terjerit dan hampir muntah..uwekk..uwekk.
Saya steady je, terdiam sebab geli.

Dalam hati,
'Aduhai kucing, kami lewat dah ni, masa ni lah kau nak muntah...'

Proses pembersihan segera kami lakukan walaupun tahu pasti terlepas jemaah dengan imam kalau bersihkan muntah sekarang. Sebab kalau dibiarkan muntah akan jadi masam dan lagi kami tak sanggup hendak bersihkan. Sementara fresh, baik bersihkan. Lagipun ianya najis, perlu dibersihkan segera. Tidak mengapa boleh solat jemaah dalam bilik.

Kucing tu duduk elok depan bilik sambil memerhati kami bersihkan muntah.

Selesai.


***

Tidak timbul isu kejar dan rembat kucing sebab muntah depan pintu. Membebel pun takda. Husnu-zon betul dengan kucing. Mungkin sebab kucing buat muka kasihan. Kami pula jadikan peristiwa ini sebagai hiburan, gelak-gelak lagi masa bersihkan.

Saya terfikir mengapa kucing tersebut muntah betul-betul hadapan pintu bilik kami.

Fikir punya fikir. Dapatlah beberapa kesimpulan,

-'Agaknya dia demam, tidak larat hendak ke tempat lain...'
-'Port yang best kot...'
-'Allah nak suruh kita basuh karpet lap kaki ni...' (ini rumate punya idea sentap punya)
-'Kucing tu tahu kalau dia muntah kat tempat lain mesti tiada sesiapa nak bersihkan, kalau muntah kat tanah ke, tandas ke, mesti kitorang tak bersihkan, tunggu cleaner datang...jadi dia muntah betul-betul depan pintu kita...haha' 

Idea yang dua terakhir tu boleh terima. Baik sangka betul.

Dan,
idea yang rasanya paling boleh diterima,

'...lap kaki kita tu busuk sangat kot, kucing bau kat situ pun sampai boleh termuntah'

Terima kasih kucing. Mengajar kami banyak perkara disebalik suatu peristiwa. Melihat kekurangan diri sendiri sebelum menuding salah kepada pihak lain.


Biarkan saja ana keluar dari TARBIYAH.


Ustaz, dulu ana merasa bersemangat dalam dakwah. Tapi kebelakangan rasanya semakin hambar. Ukhuwah makin kering. Bahkan ana melihat ternyata ikhwah banyak pula yang aneh-aneh." Begitu keluh kesah seorang mad'u kepada murabbinya di suatu malam.

Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kecamuk dalam diri mad'unya. "Lalu, apa yang ingin antum lakukan setelah merasakan semua itu?" sahut sang murabbi setelah sesaat termenung.

“Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku beberapa ikhwah yang justru tidak Islamik. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti ini, kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Bila begini terus, ana mendingan sendiri saja..." jawab mad'u itu.

Sang murabbi termenung kembali. Tidak nampak raut terkejut dari roman wajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawaban itu memang sudah diketahuinya sejak awal.

"Akhi, bila suatu masa antum naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah amat buruk. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang lapuk bahkan kabinnya berbau kotoran manusia. Lalu, apa yang akan antum lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" tanya sang murabbi dengan kiasan bermakna cukup dalam.

Sang mad'u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam melalui kiasan yang amat tepat.

"Apakah antum memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" sang murabbi cuba memberi pilihan.

"Bila antum terjun ke laut, sesaat antum akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan ikan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan antum untuk berenang hingga tujuan? Bagaimana bila ikan jerung datang? Darimana antum mendapat makan dan minum? Bila malam datang, bagaimana antum mengatasi hawa dingin?" serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang mad'u.

Sang mad'u menangis tersedu. Tak kuasa rasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.

“Akhi, apakah antum masih merasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju ridho Allah?" Pertanyaan berat ini menghujam jiwa sang mad'u. Ia hanya mengangguk.

"Bagaimana bila kereta yang antum pandu dalam menempuh jalan itu rosak? Antum akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu di tepi jalan, atau cuba memperbaikinya?" tanya sang murabbi lagi.

Sang mad'u tetap terdiam dalam sendu tangis perlahannya.

Tiba-tiba ia mengangkat tangannya, "Cukup ustaz, cukup. Ana sedar. Maafkan ana. Ana akan tetap istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan. Atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan..."

"Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Ana akan tetap berjalan dalam dakwah ini. Dan hanya Allah saja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-Nya. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana", sang mad'u berazam di hadapan murabbi yang semakin dihormatinya.

Sang murabbi tersenyum. "Akhi, jama'ah ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan. Tapi di balik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka sedang diproses untuk menjadi manusia terbaik pilihan Allah."

"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu mendominasi perasaan antum. Sebagaimana Allah ta'ala menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuskanlah kesalahan mereka di mata antum dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Karena di mata Allah, belum tentu antum lebih baik dari mereka."

"Futur, mundur, kecewa atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang terbaik. Apabila setiap ketidak-sepakatan selalu ditangani dengan cara itu, maka sampai bilakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" sambungnya panjang lebar.

"Kita bukan sekedar pemerhati yang hanya perlu memberi komen. Atau hanya pandai menuding-nuding sebuah kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafirpun boleh melakukannya. Tapi kita adalah da'i. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diserahkan amanat oleh Allah untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya pandai mendedah kelamahan, yang dgn nya boleh menjadikan kerja dalwah semakin rumit."

"Jangan sampai, kita seperti menyiram minyak ke bara api. Bara yang tadinya kecil tak bernilai, boleh menjelma menjadi nyala api yang membakar apa saja. Termasuk kita sendiri!"

Sang mad'u termenung merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya memang kembali menguat. Namun ada satu hal tetap bermain dihatinya.

"Tapi bagaimana ana bisa memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?" sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.

"Siapa kata antum lemah? Apakah Allah mewahyukan begitu kepada antum? Semua manusia punya kemampuan yang berbeda. Namun tidak ada yang boleh menilai, bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!" sahut sang murabbi.

"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah taushiah dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang kepada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Karena peringatan selalu berguna bagi orang beriman. Bila ada sesuatu isu atau gosip, tutuplah telinga antum dan bertaubatlah. Singkirkan segala ghil (dengki, benci, iri hati) antum terhadap saudara antum sendiri. Dengan itulah, Bilal seorang yang budak hina menemui kemuliaannya."

Suasana dialog itu mulai mencair. Semakin lama, pembicaraan melebar dengan akrabnya. Tak terasa, kokok ayam jantan memecah suasana. Sang mad'u bergegas mengambil wudhu untuk qiyamullail malam itu. Sang murabbi sibuk membangunkan beberapa mad'unya yang lain dari keasyikan tidurnya.

Malam itu, sang mad'u menyedari kesilapannya. Ia bertekad untuk tetap bergerak bersama jama'ah dalam mengharungi dakwah. Pencerahan diperolehnya. Demikian juga yang diharapkan dari Antum/antunna yang membaca tulisan ini.. Insya Allah kita tetap istiqamah di jalan dakwah ini.. Dalam samudera tarbiyah ini..

Wallahu a'lam.

sumber: Majalah Al-Izzah, No. 07/Th.4 (dengan perubahan seperlunya)

Duhai Hati Yang Lalai

HATI YANG GHAFLAH ( LALAI )

Hati yang ghaflah ( lalai ) adalah di antara punca kelemahan dan kelesuan jiwa manusia.

  • Alamat hati yang ghaflah ( lalai ) :


1. Bermalas-malas dan berlengah dalam ibadah dan ketaatan.
2. Memandang kecil terhadap dosa dan maksiat sehingga tidak merasa bersalah bila tercebur dalamnya.
3. Membanyakkan maksiat dan bangga menzahirkannya.
4. Menghabiskan masa kehidupan dengan perkara yang tidak berfaedah.

Ditanya Imam Ahmad rahimahullahu taala : " Bilakah waktu rehat ? "..." Ketika dapat menjejak kaki yang pertama ke dalam syurga "....

 الْقُلُوبُ أَوْعِيَةٌ وَبَعْضُهَا أَوْعَى مِنْ بَعْضٍ فَإِذَا سَأَلْتُمْ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ أَيُّهَا النَّاسُ فَاسْأَلُوهُ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ لِعَبْدٍ دَعَاهُ عَنْ ظَهْرِ قَلْبٍ غَافِلٍ“Hati itu laksana wadah dan sebagian wadah ada yang lebih besar dari yang lainnya maka apabila kalian memohon kepada Allah,maka mohonlah kepada Allah dengan penuh keyakinan akan dikabulkannya karena Allah tidak akan mengabulkan doa dari orang yang hatinya lalai”(HR Ahmad)

  • Sebab-sebab hati jadi ghaflah ( lalai ) :


1. Bila gilakan  DUNIA
2. Hati tidak kenal Allah dengan makrifah yang sebenar..sifatNya dan asma'Nya
3. Bergaul dengan KEJAHATAN dan sipelakunya
4. Cenderung hati kepada MAKSIAT
5. Panjang ANGAN-ANGAN
6. Banyak berkata-kata yang kosong dari mengingati Allah ( ZIKRILLAH )...
7. Putus hati dari mengingati MATI dan HARI AKHIRAT
 إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ (    ٧  ) 
أُولَئِكَ مَأْوَاهُمُ النَّارُ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ  ( ٨ ) يونس
 
Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami dan mereka redha ( puas ) dengan kehidupan akhirat dan mereka merasa tenteram dengannya, serta orang-orang yang lalai dari ayat-ayat Kami ( 7 ) mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan. ( 8 )Yunus : 7 - 8


  • Merawat dan mengubati hati yang ghaflah ( lalai )


1. Carilah penawar hati dalam ilmu dan makrifat..kerana segala segala kebaikan ada di dalamnya..maka hadirilah majlis-majlis ilmu untuk mencari cahaya ketenangan dan petunjuk serta barakah yang ada di dalamnya.

 وعن معاوية رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: (من يرد الله به خيراً يفقهه في الدين)رواه البخاري Daripada Mu'awiyah RH, daripada Nabi SAW bahawa baginda telah bersabda :
" Barangsiapa yang Allah mahu kebaikan pada dirinya maka Ia fahamkannya akan agamaNya"

2. Berzikir mengingati Allah dalam semua waktu dan keadaan samaada dengan lidah mahu pun dengan hati.

فعن  أبي موسى الأشعري رضي الله عنه، أن النبي قال: ( مثل الذي يذكر ربه والذي لا يذكره مثل الحي والميت)
 Daripada Abu Musa Al Asy'ari RH bahawa Nabi SAW telah bersabda :
" Bandingan orang yang berzikir mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak berzikir seperti bandingan orang yang hidup dengan orang yang mati ".

3. Bersama dengan majlis-majlis zikir yang dapat mendekatkan ingatan hati pada Nya.

فعن أنس بن مالك رضي الله عنه: أن رسول الله  قال: (إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا) قالوا: وما رياض الجنة؟ قال: (حلق الذكر) أخرجه الترمذي Daripada Anas bin Malik RH: Rasululullah SAW telah bersabda:
" Apabila kamu melalui taman-taman syurga maka raikanlah ". Sahabat bertanya " Pakah dia taman-taman syurga? ". Nabi SAW bersabda " perkumpulan zikir ".

4. Dekati Allah melalui kalaamNya iaitu Al Quran

قال خبَّاب بن الأرتِّ رضي الله عنه: (تقرّب إلى الله ما استطعت، واعلم أنك لن تتقرب بشيء أحب عليه من كلامه)
Khabbab bin Al Arat RH berkata : " Dekatilah Allah semampu yang engkau boleh..dan ketahuilah engkau tidak akan dapat  mendekatiNya dengan sesuatu yang terlebih Dia kasih melainkan dengan KALAMNYA ( Al Quran ) ".

5. Berdoa memohon dengan sungguh-sungguh agar dibuka hatimu daripada kegelapan ghaflah itu.


حديث أبي سعيد رضي الله عنه أن النبي  قال: (ما من مسلم يدعو الله بدعوة ليس فيها إثم ولا قطيعةُ رحم إلا أعطاه بها إحدى ثلاث: إما أن تُعجَّل له دعوته، وإما أن يدخرها له في الآخرة، وإما أن يُصرف عنه من السوء مثلها) قالوا: إذاً نكثر، قال: (الله أكثر) رواه احمد Daripada Abu Sa‘id Al-Khudri berkata sesungguhnya Nabi SAW bersabda yang maksudnya : “Tiada seorang muslim berdoa dengan satu doa, bukan doa yang mengandungi dosa dan bukan doa yang memutuskan silaturrahim, melainkan Allah akan mengurniakan dengan doanya itu salah satu daripada tiga perkara: sama ada dipercepatkan (disegerakan) baginya doanya itu, atau disimpan baginya pahala doanya itu di akhirat (sebagai balasan), atau dihindarkan daripadanya sesuatu keburukan seumpamanya. Mereka berkata: “Kalau begitu baiklah kami memperbanyakkan doa”. Bersabda Nabi: “Allah lebih banyak menerima doa hamba-hambanya.”

6. Peliharalah solat yang fardhu lima waktu itu dengan berjamaah

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من حافظ على هؤلاء الصلوات المكتوبات لم يكتب من الغافلين)رواه ابن خزيمة Daripada Abu Hurairah RH berkata: Rasululullah SAW telah bersabda :
" Barangsiapa yang memelihara solat yang fardhu maka tidak termaktub ia di kalangan yang lalai ".

7. Bangkitlah beribadah di malam hari untuk mengintai rahmat dan taufiq Ilahi agar terungkai belenggu ghaflah dari hati
 فعن عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: (من قام بعشر آيات لم يكتب من الغافلين، ومن قام بمائة آية كتب من القانتين، ومن قام بألف آية كتب من المقنطرين) رواه أبو داودDaripada Abdullah bin Amru bin Al 'As RHM daripada Rasululllah SAW bersabda baginda : " Barangsiapa yang mendirikan malam dengan ( membaca ) sepuluh ayat ( Al Quran ) tidak dimaktub dia sebagai seorang yang lalai. dan barangsiapa yang mendirikan malam dengan (membaca) satu ratus ayat ( Al Quran) ditulis ia sebagai seorang yang yang tetap dalam ibadah. Dan barangsiapa yang mendirikan malam dengan ( membaca ) satu ribu ayat ( Al Quran) ditulis ia sebagai seorang yang sangat beruntung."

8. Banyakkanlah mengingati mati dan kehidupan abadi di akhirat

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (أكثروا ذكر هاذم اللذات)يعني الموت ،في صحيح النسائي (حسن صحيح)
 Daripada Abu Hurairah RH berkata ia: daripada Rasulullah SAW bersabda :
 " Perbanyakkanlah mengingati pemutus kelazatan ( MAUT )

>perkongsian murabbi.

Ya Allah, hindari aku dari kelalaian dan mempunyai hati yang lalai dalam mengingati-Mu. Amen Ya Rabb.

Saturday 8 March 2014

24 hour Daie-man


'Awak course apa ya?' soal saya kepada adik A sewaktu latihan merentas desa.

'Sampai hati akak tak ingat.... saya course Sejarah' dia menjawab dengan suara yang agak lemau.

Krik..krik..krik....


Saya sedikit menelan air liur.
Sebab apa?

Sebab itu adik usrah saya, dan saya tak ingat dia course apa!

Kesal dengan diri sendiri.
Malu dengan diri sendiri.

Dengan bangga mengaku diri seorang daie
Tapi perihal mad'u sendiri tak pernah nak ambil serius dan bawak masuk dalam hati.

Macam ni ka daie?

pfft.

***

Daie hidupnya penuh semangat.
Tidak pernah dan leka dengan tanggungjawab profesionnya tetapnya.
Setiap masa dan ketika.
Tiada waktu mula dan akhir, setiap masa!

Kata-katanya,
Tingkahlakunya,
Pandangannya,
Sentuhannya,
Senyumannya,
semualah.

Setiap masa dia memikirkan bagaimana untuk memanfaatkan waktunya untuk berdakwah.
Walau dimana pun dia.

Di tempat kerja,
Di meja studi,
Di restoran meja makan,
Di dalam tren,
Di padang,
semualah.


Dengan siapapun dia bersama,
Pasti insan tersebut disapa,
Menghulurkan salam dan senyuman,
Pasti insan itu merasa sentuhan dakwahnya.


Makcik kantin,
Kawan sekerja,
Bos,
Pak cik guard,
Adik beradik,
Pump-boy (maksud: pembantu petro pam)
hatta sahabat seusrahnya pun!

Walau apa pun keadaanya, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya,

Senang,
Susah,
Mudah,
Berat,
Ringan,
Kuat,
Lemah.


***

Daie,
Dia menyusun hari-harinya untuk dimanfaatkan untuk orang lain,
Bukan untuk diri sendiri.

Daie,
Persiapkan diri untuk orang lain,
Bukan diri sendiri.

Daie,
Bersusah payah berkorban,
Nyawa,
Masa,
Tenaga,
Untuk orang lain, bukan diri sendiri.

***


Wahai semangat mujahid dalam diri,
Terus nyalaan sumbumu.
Supaya terus menyala dan membara.

Jika tidak mampu menyala marak,
Cukuplah untuk menyalakan sumbu-sumbu yang lain.

Moga Allah iringi usaha ini.

***

Saya perlu maju lagi.
Banyak yang perlu saya baiki amanah ini.

Allah bantulah hamba-Mu ini


>AfNadz Hanif
6:46 pm
080314

Thursday 6 March 2014

Persimpangan Dakwah

Baru sahaja menjumpai satu blog ni.
Stalker sikit.
...
Sangat mengkagumkan.
Membuatkan saya 'jatuh cinta'.
Hebat.

Sejujur sangat kagum dengan tulisan-tulisannya.
Usaha dakwah
Tarbiyah
Kepakaran
Idea

Mereka betul-betul master dan legend.
(usaha dia dan 2 orang lagi kawannya...jadilah mereka)

Terasa kerdil sekejap.

***

Reflek semula.
Usaha dakwahku, tarbiyahku,keiltizamanku, susah payahku, pengorbananku. Di tahap mana tika ini? Pasti 1000 langkah tertinggal jauh terkebelakang berbanding mereka.

***

Teringat dialog saya dengan seorang sahabat pada suatu hari saya memuji tentang usaha dakwah sekumpulan orang ini.

'Tarbiyah diorang memang mantaplah, hebat...meremang bulu roma kalau baca artikel diorang...'

Kawan saya mengakuinya, tetapi dia menambah lagi...

'Memanglah hebat. Diorang memamg fokus ke bidang dakwah dan tarbiyah sahaja, sebab tu boleh usahanya boleh jadi hebat macam ni...'

Saya juga setuju dan perbualan tamat begitu sahaja. Tiada perbahasan setelah itu.

***

Mereka dan kami di persimpangan yang berbeza.

Mereka memilih simpang itu di jalan dakwah. Berbeza dengan saya memilih simpang ini di jalan dakwah.
Meski berbeza, destinasi akhir sama, syurgaNya Allah.

Mereka master di skop persimpangan mereka.
Saya?
Kami?

Masih belum master di skop persimpangan ini.

Usaha kami masih ciput. Jangan salahkan mereka jika mereka jadi hebat.
Sebab usaha mereka memang hebat! Dan kita sendiri yang tidak usaha dengan hebat!

Kesimpulannya,
Jangan salahkan kelebihan orang lain jika ada kekurangan yang tidak sedaya upaya kita tampungi.

Perlu diingat selalu, sehebat mana orang itu, pasti Pencipta-Nya lebih hebat.

:)
Fell in love.

> Afnadz
070414
2:42 pm

Monday 3 March 2014

D&T bukan untuk orang Manja!

TARBIYYAH BKN UTK ORG MANJA

-Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

-Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

-Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa. 

-Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

-Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan.Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

-Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

-Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

-Yang cepat mengalah,

-Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.

-Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

-Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

-Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

-Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

-Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

-Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

-Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang aircond dan laju.

-Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

-Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

-Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

-Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

-Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda,
orang yang sering beralasan ini,
dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.

Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.

Berbahagialah seadanya.

Mari menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya kita terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

*muhasabah.
Copy paste.

Nota: Dakwah Fardhiyah

Dakwah Fardiyyah : Marhalah Yang Perlu Dilalui Para Pendakwah
  
Sebuah buku lama yang ditulis oleh Syeikh Abdul Halim Al Kinani, seorang pendakwah yang terkenal dengan keiltizamannya membawa Islam kepada ummah. Syeikh Muhammad Abdullah al Khatib memuji karya Asy Syeikh Abdul Halim sebagai bingkisan yang kecil pada saiznya, tetapi sangat besar pada nilai dan pengertiannya. Terutama apabila beliau menjelaskan marhalah dakwah.

Suka saya berkongsi bahan dan hasil baca ini demi sama-sama kita merealisasikan satu usaha murni dalam perjuangan kita untuk membawa Islam sampai kepada setiap insan di mana sampainya cahaya matahari.

Peringkat 1 Dakwah Fardiyyah : Mewujudkan kasih sayang, kepercayaan dan saling mengenali.

Ia merupakan peringkat (marhalah) pertama dan paling asas dalam dakwah. Ia perlu dilaksanakan dengan baik justeru ia akan memainkan peranan yang besar untuk menjayakan malah menyempurnakan peringkat seterusnya. Terutama dalam usaha untuk meyakinkan dan mempengaruhi sasaran dakwah kita (madu'u).

Pada peringkat ini mempunyai beberapa nokhtah yang perlu diberi perhatian oleh kita khasnya pendakwah :
  1. Percaya kepada pendakwah daripada sudut keikhlasan amalan, dakwah, komitmen agama dan kebaikan yang diserunya.
  2. Percaya kepada wibawa, pemahaman, pengalaman, kesesuaian pendakwah untuk diambil dan diterima segala nasihat dan pandangannya.
  3. Kepercayaan ini tidak akan datang tanpa usaha atau secara spontan. Ia memerlukan pendakwah yang layak dipercayai. Sementara orang yang layak dipercayai ialah orang yang mempunyai akhlak dan adab-adab Islam serta komitmen yang tinggi terhadap hukum hakam Islam.


Mengenali sasaran dakwah (madu'u) secara mendalam dan jelas sehingga dia dapat mengenali personaliti dan kunci kepada peribadinya. Ini meletakkan pendakwah boleh menggunakan cara interaksi yang tepat dan berkesan dalam usaha mempengaruhi dan meyakinkannya. Antara noktah penting untuk mencapai objektif peringkat ini disebut oleh Syeikh Abdul Halim Al Kinani ialah :
  1. Pendakwah mesti mengikhlaskan niatnya dan berdoa untuk sasaran dakwahnya semasa ketiadaannya agar Allah Taala membuka pintu kepada hidayah, melapangkan dadanya kepada dakwah dan menyelamatkannya dari neraka.
  2. Memelihara adab-adab pergaulan dan berbicara dengannya.
  3. Bersungguh-sungguh untuk melihat dan bertemunya secara berterusan serta bertanya khabarnya apabila dia tiada.
  4. Berwajah ceria ketika bertemu. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya,"Kamu tidak mampu mengembirakan manusia dengan harta kamu tetapi kamu dapat lakukannya dengan muka berseri dan akhlak yang baik."
  5. Mulakan dengan salam dan berjabat tangan. Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya, "Adakah kamu suka aku tunjukkan kepada kamu satu amalan, jika kamu lakukan akan mengeratkan lagi kasih      sayang antara kamu? Sampaikanlah salam antara kamu."
  6. Syeikh Abdul Halim al Kinani menyebut lagi bahawa pengukur kepada kejayaan pada peringkat ini ialah melihat kepada bagaimana jawapan kepada soalan-soalan berikut :
  7. Adakah sasaran dakwah menganggap pendakwah sebagai rakan yang lebih istemewa dari rakan-rakannya yang lain?
  8. Adakah sasaran dakwah pernah bercakap dengan pendakwah menggunakan bahasa yang mesra dan biasa ataupun masih bersifat hipokrit atau waspada?
  9. Adakah sasaran dakwah merasa atau memperlihatkan rasa jauh diri atau tidak selesa terhadap beberapa sifat, cara interaksi dan percakapan pendakwah?
  10. Adakah sasaran dakwah merasa minat untuk menziarahi pendakwah? Adakah dia pernah menjemput pendakwah untuk menziarahinya?
  11. Adakah pendakwah dapat merasakan sasaran dakwah memberi respons yang baik terhadapnya pada setiap kali pertemuan, salam, pergaulan, percakapan dan lain-lain?
  12. Adakah sasaran dakwah mula berbicara tentang perasaan, keperihatinan, keadaan dan segala apa yang bermain dimindanya?
  13. Adakah dia menemui pendakwah untuk menyelesaikan segala masalah dan situasi yang menimpanya?
  14. Adakah dia merasakan bahawa pendakwah layak dan sesuai untuk ditanya dan diminta pandangan?
  15. Adakah dia diam untuk mendengar percakapan pendakwah dan menyertainya atau dia akan membantah, membidas atau langsung tidak ambil peduli.
  16. Adakah wujud kesan yang jelas dari amalan bertukar-tukar hadiah antara pendakwah dan sasarannya?
  17. Dengan menjawab semua soalan-soalan ini pendakwah mampu mengukur sejauh mana kejayaannnya pada peringkat yang pertama ini dan sejauh mana ia mencapai matlamat yang diharapkan.


Syeikh Abdul Halim al Kinani menyebut bahawa faktor utama kepada segala masalah yang melanda umat Islam bukannya kerana aspek kekurangan kuantiti (bilangan) penganut, harta benda, kekuatan material atau lain-lain aspek dan kemudahan.

Sebaliknya segala masalah (konflik dan krisis) yang berlaku adalah disebabkan kelemahan yang menimpa jiwa dan penyakit al wahnu (cinta dunia dan takutkan mati) yang menguasai hati, di samping kelalaian (dengan kemewahan dunia) yang akhirnya melumpuhkan semangat serta mematikan kesungguhan dan keazaman mereka.

Umat pada hari ini seperti yang pernah disebut oleh Rasulullah S.A.W dengan mafhumnya,"...Bahkan pada masa itu bilangan kamu sebenarnya amat ramai tetapi kamu hanyalah seperti bebusa buih."

Kelemahan umat hari ini sebahagiannya tidak mampu menghadapi godaan dan syahwat dunia. Hati juga tidak mampu menjadikan jiwa terlepas dari dosa dan kehinaan. Inilah penyakit yang paling dahsyat menimpa ummah dewasa ini.

Umat Islam tidak akan mampu menyelesaikan dan memadamkan gejala, kehinaan dan kebejatan yang dihadapi ini kecuali dengan melakukan perubahan total dalam peribadi seseorang Muslim. Perubahan yang dilakukan hendaklah perubahan dasar dan mendalam, bukan hanya perubahan luaran dan kulit semata-mata. Titik mula kepada perubahan ini ialah membangkitkan iman dan aqidah di dalam hati. Apabila makrifatullah mula menyelinap di dalam hati seseorang manusia, pasti sahaja ia akan berubah menjadi insan yang bertaqwa dan soleh.

Syeikh Abdul Halim al Kinani turut menggariskan langkah-langkah teknikal untuk mencapai matlamat dakwah diperingkat ini :
  1. Pendakwah hendaklah menjadi ikutan yang baik, benar-benar komited dan terkesan dengan pengertian iman sebelum memindahkannya kepada sasaran dakwah.
  2. Perbincangan secara langsung dan dua hala berlaku antara pendakwah dan sasaran dakwah (madu'u). Ia bertujuan untuk memindahkan pengertian-pengertian dan cetusan-cetusan iman ketika ziarah, pertemuan dan perbualan.
  3. Syeikh Abdul Halim al Kinani turut menyarankan agar pendakwah memimpin sasaran dakwah (madu'u) secara praktikal :
  4. Mendorong dan menggalakkan supaya bertaubat dan menjelaskan kepentingan untuk segera bertaubat.
  5. Meninggalkan segala dosa, maksiat dan mungkar serta tidak lagi mengekalinya. Serentak itu merangsangnya untuk melakukan taat dan ibadat kepada Allah.
  6. Mendorong agar mengikat diri dengan al Quran dan sunnah. Mendengar, membaca, memahami, melaksana dan menghayatinya.
  7. Memberikan peringatan (inzaar) dan galakan kepada madu'u (sasaran dakwah).
  8. Memberi galakan dan ancaman agar tertanam rasa ingin mengabdikan diri kepada Allah dengan melaksanakan segala hukum-hakam Allah dan dalam masa yang sama takut akan azab Allah akibat kecuaian dan kedegilan melaksanakan syariat Allah Taala.
  9. Islam adalah cara hidup yang mesti diterima oleh semua. Tiada siapa yang berhak menghalang Islam ini dikembangkan sebagaimana tiada siapa yang berhak menghalang dirinya sendiri dari menerima Islam, cara hidup yang diwahyukan Allah Taala.
  10. Memberi amaran dan ingatan supaya mengharapkan rahmat dan keampunan Allah sebelum mati sedang mati itu datang secara tiba-tiba dan azab Allah itu sangatlah pedih.

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta." - Taha:124


* artikel asal: tarbawi.com


Sunday 2 March 2014

Bahtera penyelamat utk para duat

Bahtera penyelamat utk para duat (Fathi Yakan).

Bhgian 4~ Ada 8 bahtera yang menyelamatkan para pendakwah dalam mengharungi perjuangan dan melawan kebatilan. Mengapa bahtera? Kerana para pendakwah dan rialah islamiyyah ibarat sebuah kapal di tengah-tengah gelombang besar yang menggila.  Bahteranya ialah Bahtera Makrifatullah, Ibadatullah, Zikrullah, Al Khaufu Min Allah, Muraqabatullah, Hubbullah, Reda, dan Hubbur Rasul.

1. BAHTERA MAKRIFATULLAH (Mengenal Allah)

-BENEFIT?
Mampu mengamankan seseorang dari kesesatan dan penyelewengan.
-HOW?
Makrifatullah@mengenal Allah akan dicapai dengan mendalam dan mantap apabila seseorang itu meneliti segala ciptaan makhluk Allah, menghargai Kebijaksanaan, Qudrat (kuasa) dan segala petanda kebesaran Allah.

2. BAHTERA IBADATULLAH (Peng'abdian kepada Allah)

-BENEFIT?
Bahtera penyelamat dari kesesatan, kejahatan dan penyelewengan
-HOW?
Sentiasa ada hubungan dengan Allah melalui pelaksanaan ibadah yang banyak, menurut cara yang baik, berterusan, memperkukuh dan mengekalkan hubungan hamba dengan Allah.

3. BAHTERA ZIKRULLAH (MENGINGATI ALLAH)

-BENEFIT?
Menyelamatkan dari arus ragu-ragu, was-was, bimbang & perasaan tidak tenteram.
-HOW?

Ingat kepada Allah, sentiasa merasakan Allah ada bersama-samanya.

*catatan nota

Tazkirah Bait Muslim



As-Syahid Hasan Al-Banna pernah ditanya mengenai cinta, maka dikata padanya:
Adakah cinta itu halal atau haram? 
Maka beliau menjawab : Cinta yang halal itu halal, dan cinta yang haram itu haram !

Syiekh Ahmad Yasin telah membuktikan cintanya dengan kepingan-kepingan tubuh yang hancur seterusnya tumbuh memekarkan bunga-bunga jihad dalam jiwa-jiwa anak Palestine. Begitu juga As-Syahid Hasan Al-Banna merupakan lagenda dakwah kontemporari yg telah membuktikan cintanya kepada dakwah melebihi segalanya yang seterusnya menjadi diantara pelapor kebangkitan Islam terunggul.

Baitul Muslim bukan keindahan dan kebahagiaan yang diharap semata- mata tetapi persediaan ke arah pengorbanan dan kesusahan dalam bersama memperjuangkan Islam!


Hassan Al-Banna ketika berbicara tentang pernikahan dan kehidupan rumah tangga.… “Kehidupan rumah tangga adalah ‘hayatul amal’. Ia diwarnai oleh beban-beban dan kewajiban. Landasan kehidupan rumah tangga bukan semata kesenangan dan romantik, melainkan tolong- menolong dalam memikul beban kehidupan dan beban dakwah…”!!!

:)
*tazkirah sahabat

Resepi Kentang Lenyek

Bahan-bahan (6 orang)

A. Kentang Lenyek

1) 9 biji kentang
2) Air
3) Garam
4) Buttercup
5) Susu segar/susu cair
6) Serbuk lada hitam
7) Serbuk lada sulah

B. Kuah

1) Buttercup
2) Sebiji bawang merah
3) 2 ulas bawang putih
4) 2 cube pati ayam
5) Serbuk lada hitam
6) Serbuk lada sulah
7) Tepung jagung
8) Air

Cara-cara

A. Kentang Lenyek

Kupas kulit kentang dan potong ikot suke supaya senang nak lenyek nanti...
Rebus kentang2 tuh sampai empuk...masukkan sekali garam secukup rase...
Lepas rebus tosskan air tuh...
Masukkan balik kentang yg dah di toss tuh dalam periuk tadi...
Bukak api paling kecik sekali dan boleh mule lenyek kentang tadi bersama buttercup, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, susu segar/susu cair
Kuantiti bahan2 tadi ikot suka la nak letak byk mane...kire sesedap rase dan mata memandang lah...

B. Kuah

Blander bwg2 tu dulu....pastu panaskan buttercup...tumis bawang merah dan bwg putih tadi hingga wangi...
pastu masukkan semua bahan nak buat kuah tuh kecuali tepung jagung...
kacau semua bahan dan sambil2 tu boleh lah masukkan tepung jagung yg sudah dibancuh dgn air sedikit demi sedikit ke dalam kuali...
pastikan kuah tu tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat...tapi kire ikot suke la...nak pekat or cair...hehe

Nak hidangkan senang je...sebijik cam hidangan kentang lenyek kfc tuh...

jadi..selamat mencuba....

http://dapurpelajar.blogspot.com/2011/01/kentang-lenyek-dan-kuah.html — with Nur Ain Hadi and 2 others. 

Cinta High Classku

~Selesai membaca bahagian pertama novel Cinta High Class nukilan Dr. Farhan Hadi dan Us. Fatimah Syarhaa.

Summary: Mengisahkan tentang Dr. Muslih yang merupakan pelajar yang bermati-matian untuk studi perubatannya. Berazam menjadi doktor terbaik untuk ummah. Menjaga diri untuk bidadari yang diimpi, tanpa leka dibuai cinta insani, menepis segala hasutan syaitan yang dilaknati!

Juga menceritakan perjalanan seorang seorang suami yang sangat memuliakan isteri, bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab dan berusaha menjadi bapa terbaik dalam mendidik anak-anak agar menjadi manusia yang berguna untuk ummah.

Resepinya, meletakkan Allah dan Rasul sebagai cinta utama. First things first! Menjaga dan terjaga. Memilih isteri atas dasar agamanya. Pendidikan anak bermula dari mendidik isteri. Dan pelbagai lagi formula yang high class semestinya untuk masa hadapan yang high class juga!

Komen saya (macam la aku ni ada qualification dalam bidang penulisan nihh): Novel yang best, berkualiti, sarat dengan ilmu (disertakan dengan ayat al Quran, hadis Nabi dan fatwa ulama' komtemporari), gaya bahasa yang indah (kadang-kadang bait-bait ayat seakan sebuah pantun). Penuh dengan nasihat buat pembaca. Tidak panjang dan meleret-leret, 2 novelet dalam 1 buku. Bagi saya, ia bukanlah pembacaan yang berat.

Sangat baik untuk remaja yang tercari-cari bagaimana menguruskan fitrah cinta, pemuda-pemudi yang inginkan baitulmuslim yang berkah, pasangan suami isteri yang inginkan rumahtangga yang selamanya seperti tahun pertama pernikahan. Indah belaka! serta buat semua PencintaNya.

Novel yang baik. Sangat berguna buat pemuda dan pemudi. Baca dan alami sendiri. Percayalah, tak rugi! 


# Mula-mula macam 'geli-geli' juga nak baca sebab tajuk dia jiwang karat sikit...haha (ampun ya dr. dan ustazah) tambah2 cover dia pun 'geli-geli' jugak. Tapi, bonda tersayang pesan banyak kali suruh baca, baca lah...dan terbukti tidak rugi kalau ikut cakap ibu. Kesimpulannya, banyak yang saya dapat dari novel ni (walaupun tak habis lagi baca bahagian kedua) dan saya nak anda pun baca juga 

*21 September 2012