murabbitun

murabbitun

Monday 26 October 2015

7 Tips untuk Internship cikgu

Alhamdulillah, akhirnya fasa intership selesai sudah minggu lepas.

Sekejap ja rasa.

Sebulan di sekolah (walaupun hanya 13 hari sebab banyak cuti jerebu) banyak pengalaman dan pengajaran yang saya faham dan mengerti.

Mengerti bermakna mengetahui dan memahami erti sesuatu, berbeza dengan sekadar tahu. Selalunya ia berdasarkan pengalaman yang pernah kita lalui.

Okey, lets start menceceh. Ini beberapa pengajaran yang saya dapat, real experience.


Perkara 1: Jadi guru mudah dapat pahala, mudah juga dapat dosa.

Kenapa mudah dapat dosa? Kita jumpa ramai orang. Kebanyakkan guru ialah perempuan, memang terjebaklah dengan perbuatan mengumpat. Mungkin kita tak mengeluarkan kata-kata, tetapi kita mempunyai telinga untuk mendengar segalanya. Hahaha. Kira sama la tu mengumpat.

Oh saya tidak suka situasi itu, rasa bersalah menghantui diri. Elakkan terlibat dalam program mengumpat dan mengata orang okey semua. Kalau tak suka, tak perlu cakap, diamkan dan lupakan terus.



Perkara 2: Berhati-hati jika berkata-kata (memberi komen/kritikan)

Ha, ini memang kelakar. Kita bercakap memang best, siap kutuk sebat semua. Tapi kita tak sedar yang orang yang kita kutuk sebat tu ada kena mengena dengan orang yang kita sembang. Tak baik tau kecilkan hati orang.

Apa perasaan kita bila ada orang kutuk sebat sedara mara kita atau orang yang kita kenal. Mesti rasa tak best kan? So, hati-hati la yea. Saya sendiri mengalaminya, sedih la.

Sebab, cikgu tu yang kutuk sebat murid!

Aigo, sebagai guru, elakkan bercerita kelemahan murid, aib murid kita kena jaga juga. Its normal lah kalau budak-budak buat salah, lemah ke, kan mereka masih dalam proses belajar. Tugas guru ialah sabar dan terus layan serta bentuk murid. Kot tetiba murid dah pandai, cikgu tak perlu ada la dalam dunia ni.

Pedoman ni saya dapat dari seorang pensyarah masa di IPG, lovely ustazah. Dia sangat menjaga aib dan kelemahan kami sebagai seorang pelajar. Ya kami lemah dan banyak 'nakal' masa praktikal, dia tak cerita pun kat rakan pensyarah lain. Walaupun kesalahan tu boleh kena penalti dah la, dia bagi peluang untuk baiki diri. Lastly, kami sedar sendiri dan buat sebaik mungkin. Sampai sekarang rahsia tinggal rahsia. Ehe.

*kami di sini merujuk kepada saya dan kawan saya yang melalui peristiwa bersama.


Perkara 3: Lain tempat lain gaya, mesti fahami itu!

Berada di suatu tempat baharu, kita mesti fahami yang mereka mempunyai budaya mereka sendiri yang telah diamalkan berkurun lama (nak tunjuk betapa lamanya amalan budaya itu). Macam-macam style ada dari sekecil-kecil budaya hingga sebesar-besar budaya pun ada.

Kat sini saya ada silap sikit, saya lupa nak tanya beberapa perkara yang biasa warga sekolah amalkan. Haha, buat macam sekolah sendiri kau. Dah la tak tanya, bajet nak memerhati je untuk faham, last2 tak cukup masa nak perati.

Its okey, next school kita tanya macam-macam okey.

Contoh soalan. cikgu boleh balik pukul berapa? hadir ke sekolah ada masa yang ditetapkan tak? kokurikulum hari apa? jadual kedatangan siapa yang bertanggungjawab, guru kelas atau guru masa pertama? tulis tarikh, hari macamna? Gunakan mentor dan guru pembimbing sebaiknya, tanya berdas-berdas.


Perkara 4: Lapangkan telinga, rapatkan mulut.

First yang kita kena tahu cikgu nature dia suka bercakap, banyak cerita. Tambah-tambah kita cikgu baru, memang banyak la cerita dan pengalaman yang mereka nak kongsi. Jadi tugas sebagai guru baru, lapangkan telinga dan rapatkan mulut. Dengar pengalaman depa, takyah sampuk sangat, angguk dan senyum. Bagi saya, angguk dan senyum bukan tanda kita setuju dengan apa yang dikatakan, cuma sebagai tanda kita mendengar apa yang dia katakan. Kalau kita cakap banyak, itu semacam mahu tunjuk hebat la dengan mereka yang berpengalaman.

Kalau depa tanya, baru jawab okey. Sabar ja.

Takpa, dengar ja, mereka mahu mengenali kamu juga mengenalkan diri mereka kepada kamu.

Kadangkala untuk bina hubungan, kita bukan perlu banyak bercakap, hanya perlu banyak mendengar.


Perkara 5: Bergaul dengan semua orang

Biarpun sekolah tu ada banyak 'blok' means click or kumpulan. Samada kumpulan GB atau kumpulan cikgu ke, biarkan, jangan join yea. Jadilah berkecuali, boleh bergaul dan bekerjasama dengan semua orang.

Kita buat kerja kita, jangan sibuk judge orang sana salah, orang sini betul. Ok.


Perkara 6: Bukan mudah menjadi pentadbir.

Sepanjang jadi guru pelatih, banyak dah sekolah saya pergi. Ajaibnya, semua sekolah punya pentadbir dapat komplain dari guru. Haha. Selaku guru pelatih, saya tak masuk campur masalah guru dengan pentadbir, just dengar gitu jah. Sebab kami kena baik dengan pentadbir, nak bagi markah nanti, kahkah.

Ada beberapa perkara yang naik saya pesan kepada diri sendiri bila lihat situasi ini, untuk pedoman hari esok bila jadi guru betul-betul punya.

Bukan mudah menjadi pentadbir, jadi kita as orang bawah, jangan mudah men'judge' dan memberi komen kepada segala macam tindakan pentadbir. Hal ini kerana (ayat karangan sudah bermula) mereka ibarat helang yang melihat secara luas, dan kita sebagai ayam di tanah rata. Pandangan ayam terhad.

Mungkin ada perkara yang kita tidak tahu, dan mereka telah memilih jalan yang sebaiknya.

Mungkin pentadbir ada membuat silap, ya maafkan saja kerana mereka juga baru menjadi pentadbir, masih dalam proses belajar. Tugas kita hanya beri nasihat atau memberi cadangan supaya situasi menjadi lebih baik. Kenali sendiri pentadbir bukan dengan kaca mata dan pandangan orang lain.

Do not comment but say a wish.

Amalan menghormati penting dengan pentadbir. Mereka layak di tempat mereka, beri mereka peluang untuk jalankan tugas dengan baik. Buang sikap buruk sangka dan perasaan diri anda sahaja yang betul dan layak untuk segala-galanya. Huh.


Perkara 7: Jika tidak puas hati, bersabarlah.

Tak guna kalau tak puas hati, lepas tu pergi menjaja cerita. Mungkin kita ada silap juga, jangan jaja silap diri sendiri. First things first before nak baiki situasi, admit your mistake. Jangan salahkan orang, baiki silap kita.

Rendahkan hati. Kita tak perlu cakap tapi hanya perlu buat.

Cara nak rendahkan hati (secara batin) kita rendahkan kepala secara zahirnya. Itu yang saya buat la, sebab bila kita rendahkan pandangan/kepala, kita akan lihat tanah dimana kita berpijak. Diri kita di tanah, bukan di langit, mengapa mahu bersifat seperti makhluk langit?

Ingat, Allah itu Maha Adil. Tiada yang zalim di dunia ini. Jika tertindas, mahkamah akhirat menanti, kita tidak pernah rugi. Insya-Allah.



Okey tamat 7 tips internship cikgu.
Thanks baca cerita mengarut ini.
Selamat berinternship dan menjadi guru baik.


*pesanan: hanya dalam fikiran penulis, tiada kena mengena dengan hidup atau mati.







Thursday 22 October 2015

Guru yang disanjungi!

Dedikasi khas buat semua guru yang telah menyampaikan ilmu kepada saya.

Sungguhpun kita tidak sebijak yang diharapkan, sewajibnya ke atas kita untuk menghormati guru. Sungguhpun kita tidak menyukainya, sewajibnya ke atas kita untuk menyayangi insan bernama guru.

Bila dewasa kini , baru saya mengerti betapa pentingnya kita menjaga adab dan menghormati guru.
Syair berikut boleh kita hayati untuk membantu kita memahami adab sebagai penuntut ilmu.

***

Terhadap guru hendaklah hormat
Petuanya didengar amanahnya diingat
petunjuknya diikut secara cermat
pengajarannya diterima sepenuh minat

terhadap guru hendaklah sopan
lembutkan lidah dalam percakapan
jernihkan muka bila berhadapan
dahulukan guru bila berjalan

terhadap guru elokkan perangai
jangan sekali memandai-mandai
nasihatnya diikut petua dipakai
tekun belajar jangalah lalai

terhadap guru jagnan menyanggah
tunjuk ajarnya jangan dibantah
bila bertanya elokkan tingkah
supaya belajar beroleh berkah

terhadap guru jangan menyombong
membusungkan dada mengembangkan hidung
petuanya diambil amanah dijunjung
supaya berkahnya sambung bersambung

terhadap guru bersangka baik
lebih kurangnya jangan diuisk
ambil ilmunya secara baik
bagai menimba air di tasik

terhadap guru janganlah ragu
petuanya dinanti amanah ditunggu
jangan dihitung masa berlalu
supaya semangatmu tiada layu

terhadap guru hendaklah kasih
tunjukkan hati lurus dan bersih
jangan dikira penat dan letih
ilmu ditimba menjadi benih

terhadap guru jangan berdusta
bercabang lidah bersilang kata
supaya tercapai sebarang pinta
hiduppun tidak beroleh nista

terhadap guru jangan khianat
di muka memuji di belakang khianat
bersihkan hati luruskan niat
supaya ilmumu beroleh berkat

terhadap guru jangan berdendam
baiknya diambil buruknya dipendam
daripada bercanggah eloklah diam
supaya keberkahannya tiada padam

terhadap guru jangan mengumpat
jangan pula hujat menghujat
supaya ilmu beroleh manfaat
sejahtera hidup dunia akhirat

kepada guru hendaklah patuh
tunjuk ajarnya dijadikan suluh
diamalkan dengan bersungguh sungguh
supaya hidup menjadi senonoh

kepada guru banyak bertanya
supaya terbuka rahsia ilmunya
fahamnya sampai ke akar umbinya
dalam beramal faham hakikatnya

kepada guru hendaklah rapat
supaya banyak ilmu didapat
ada yang tersurat, ada tersirat
fahamnya sampai pada makrifat

maruah guru hendaklah dijaga
peliharalah aib dengan malunya
bantulah segala keperluannya
supaya kita beroleh berkahnya

Syair Tunjuk Ajar
disunting daripada
Buku Kesantunan dan Adab Melayu

Tenas Effendy

Tuesday 4 August 2015

Ciri manusia kreatif

1. Bijak dan mampu melaksanakan idea dengan maksimum.

2. Memiliki pandangan positif terhadap diri sendiri, orang lain dan persekitaran.

3. Memiliki inspirasi dan motivasi dari masalah yang dilihat.

4. Menghargai kebebasan perbezaan pendapat.

5. Cenderung pada fantasi (khayalan).

6. Bersikap fleksibel.

7. Melihat sesuatu dari sudut berbeza.

Tuesday 28 July 2015

Cecerita kajian tindakan

Cecerita kajian tindakan guru pelatih sem 8.

Sepanjang minggu ini bermula hari Isnin lepas, saya ke sekolah untuk berjumpa dengan subjek kajian (intervensi) dan mengumpul data. Jangka masa seminggu kalau ikut logik memang tak sempatlah.

Kajian tindakan saya berkaitan penggunaan audio dalam meningkatkan kemahiran hafazan al-Quran. Saya pilih Surah al-'Adiyat dan subjek kajian murid Tahun 4. (panjang ceritanya mengapa saya pilih surah ini, tak larat nak tulis)

***
Pagi ini, selepas intervensi fasa kedua saya jalankan, sengaja saya pasangkan lagu Kun Anta walaupun tidak termasuk dalam perancangan kajian, atas permintaan murid.

Haha. Mereka hafal lagu Kun Anta yang berlirik Arab tu. Siap nyanyi dengan gembira lagi. Paling memeranjatkan, ada salah seorang subjek kajian menyanyi dengan sebutan yang betul, huruf yang dia sebut tepat!

Padahal tadi suruh hafaz surah dia la paling merisaukan, asyik tersalah sebut kalimah aje. 😅

***
<Awak semua tahu dan hafal ke lagu Kun Anta?
>Hafal!
<Awak tengok ke lirik dia yang Arab tu, ke dengar je kat radio?
>Tengok jugak..

Kesimpulannya, saya rasa kajian saya ni tak perlu dikaji-kaji lagi sebab murid memang boleh ingat dan hafal bila mendengar audio selalu.

Kun Anta senang nak hafal, apatah lagi Surah al-' Adiyat yang sebelas ayat itu.

*Saya guna audio qari al-Afasi, sedap suara ustaz dari penyanyi Kun Anta sapa tah nama dia~
*esok takyah pergi sekolah dah. Hoho.


AfNadz Hanif
29.7.15
9.00 am

Sunday 5 July 2015

Hambatan Masa

PENGURUSAN MASA BUDAK-BUDAK
2005 ketika saya di Tingkatan 1, saya belajar teori dan praktikal tentang pengurusan masa. Guru pertama saya ialah mama saya.
Memasuki sekolah berasrama memang merisaukan saya kerana semua perkara perlu diurus sendiri. Saya tidak mahu didenda sebab lambat, tambahan pula di minggu orientasi dan saya memang tidak suka dimarahi. Jadi, saya perlu lakukan sesuatu.
Merisaukan lagi apabila melihat para senior yang baik-baik belaka, stail macam ustazah dah walaupun baru berada di Senawi 2 dan 3. Takut dan menyegani mereka.
Teringat perbualan ringkas bersama mama tika itu memberikan beberapa tips ringkas untuk menguruskan masa dengan baik di peringkat permulaan.
'Singkatkan masa makan..'
'Gosok baju dengan cepat, kau gosok baju mama tengok lambat..'
'Jangan lama-lama dekat toilet..'
Seminggu berorientasi, saya aplikasikan 3 tips dengan sebaiknya.
Selesai riadah jam 6 petang, saya pastikan saya akan berada di barisan hadapan semasa beratur mengambil makanan di dewan selera dan saya makan cepat-cepat. Tak pandang kiri kanan dah.
Selesai makan, terus bangun mengambil baldi dan ke tandas untuk membersihkan diri. Fuhh, peluh jangan cakap, makanan pun tidak sempat hadam rasanya. Kami dikehendaki untuk ke musolla jam 7 petang. Hanya dalam masa 1 jam saya perlu selesaikan semuanya, bersesak dengan penghuni asrama yang lain dan saya baru mengenal kehidupan asrama! Mujur ada kakak dorm yang membantu.
Paling mengecewakan, selepas mandi pun masih berpeluh. Mandi peluh pula.
Selesai mengurus diri, pergi musolla. Kalau cepat, bahagia. Kalau selalu lewat, nama diambil dan akan di'aim' sebagai budak yang selalu pergi musolla lambat. Habislah dunia selepas itu...
***
KINI
Saya dihambat masa kini. Akibat beberapa perubahan kurikulum, beberapa perancangan akademik dirombak semula. Semuanya diawalkan. Paling merunsingkan kepala ialah AR yang perlu diselesaikan dalam masa lebih kurang 2 bulan dan masih banyak yang tidak selesai. Segalanya mahu segera kini.
Dalam merancang kembali pengurusan masa saya di semester ini, terimbas kembali kisah pembelajaran pertama saya tentang pengurusan masa. Manis terasa betapa saya cuba merealisasikan tips mama walaupun kadangkala tergelincir juga.
***
MAMA BAGI TIPS LAGI
Saya yakin sahabat lain juga dihambat masa. Walau apa jua dateline yang dikejar, bersabarlah dan teruskan dengan fokus kita. Bak kata mama, 'buat perlahan-lahan, nanti siaplah.'
Untuk kali ini, mama beri tips juga kepada saya.
'Pukul 11 malam tidur dan bangun pukul 4 pagi. Dapat satu jam setengah pukul 4 sampai 5.30 ok dah tu untuk buat tugasan. Idea waktu tu memang bernas...'
Saya senyum sahaja, memang stail mama macam tu. Tidur awal dan bangun awal. Moga saya gigih merealisasikan tips mama temph hari sebagaimana saya gigih merealisasikan tips waktu Tingkatan 1 dahulu. Hoyeah!
Buat masa sekarang, apa yang saya pasakkan dalam kepala saya ialah masa bukan milik saya, saya tiada masa dan saya tidak boleh buang masa dengan duduk tanpa berbuat apa-apa. Itu tips dari saya. Haha. Sekian.

***Tidak tahu mengapa setiap kali saya ada banyak kerja, pada masa itulah idea dan semangat untuk menulis datang macam hujan. Layankanlah, rasa rugi bila idea ada tetapi tidak dicoret. Terima kasih ziarah blog ngok ngek saya.

AfNadz Hanif
6.7.15
10.00 am

Saturday 20 June 2015

Perlabuhan impian

Cuti pertengahan semester masih berbaki sehari lagi sebelum mula kuliah lusa. Aku masih mengira-ngira sejumlah bakti yang telah dilunaskan semasa cuti ini. Juga memasang impian untuk melakukan itu dan ini. Namun, semuanya sekadar sahaja, tiada yang dapat aku banggakan.

Cuti kali ini, aku maksimumkan tenagaku untuk menunaikan tanggungjawab sebagai anak sulung. Seperti gadis lain, mengemas, memasak (lebih tepat tolong masak), menyusun, ambil adik kelas tambahan, menziarahi nenek atuk, bantu menjaga maksu berpantang, bergurau dengan adik, berceloteh dan ketawa sepuasnya. 

Tidak lupa juga, membeli buku dan baca buku. Kesukaan. 

Juga, menghadiri beberapa mesyuarat program hujung tahun ini dan menepati tuntutan janji gerak kerja yang telah aku ikrarkan dahulu. 

Itu yang sempat aku buat. 

Yang sedang aku buat, menyusun diri dalam bulan Ramadhan ini. Seringkali binaan diri yang aku susun, aku yang robohkan semula. Lelah menyusunnya kembali. Teruskan usaha, kata azimat. 

Impian yang tidak sempat aku laksanakan, banyak. 

Menulis nota di ruangan untuk adik-adik di kampus yang bakal aku tinggalkan. Masa yang bersisa 5 bulan bersama mana mungkin dapat aku lisankan semuanya. Jadi ruangan ini ingin sekali aku selitkan bait kata buat mereka. Tapi ia masih sekadar impian. Usahanya belum, insya-Allah. Kerna sayangkan mereka akan aku tulis juga. 

Juga merakam satu muhasabah akibat kemelut yang melanda. Juga di sini ruangan yang sering aku tinggal sepi. 

Menghabiskan bacaan buku-buku. 

Menghadiri kuliah mingguan.

Mencari pengisian. 

***
Jangan ditanya mengapa impian begitu banyak tidak ditunaikan. Aku pun tak pasti mengapa berani mencipta angan namun usahanya ke laut. Cuti telah sampai ke perlabuhannya, namun impian itu masih ada perlabuhan lain yang sedang menanti. Keep moving foward! 


AfNadz Hanif
20.6.15
4.01 pm

Friday 12 June 2015

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Entri ini saya nukilkan sebelum melelapkan mata. Terasa ingin berkongsi meluah rasa.

***

Saya sayang anak usrah aka adik usrah saya, sahabat-sahabat saya.
Meluangkan masa dengan mereka adalah perkara yang jarang dapat saya buat lantaran dek kesempitan masa dan tuntutan kerja. Adakah itu alasan semata? Mereka juga amanah untuk saya.

Hari ini saya meluangkan masa dengan mereka, mendengar mereka bercerita, bercakap dan bertanya soalan. Sesuatu yang mereka tak tahu ialah saya sentiasa 'memerhati' semasa mereka berceloteh. Manisnya senyuman, halus perwatakkan, matangnya hujah dan celiknya pemikiran.

Mereka sudah menginjak dewasa rupanya.

***

Kadang-kadang kehilangan sesuatu membuatkan kita nampak apa yang kita masih ada. Mungkin sebab itu Allah menciptakan kematian dan kehilangan kerana untuk kita merasa yang Allah saja yang kita ada, bukan manusiawi atau duniawi.

Pernikahan sahabat baik tempoh hari menggembirakan saya. Tulus hati berat untuk melepaskan, namun mesti wali dan keluarganya lebih berat untuk melepaskan dia. Sebagai sahabat saya takut dia hilang dari saya.

Setelah difikirkan kembali, pernikahan itu menyambung silaturahmi, bukan memutuskan persaudaraan. Juga harapan saya melihat dia bahagia dan moga saya jumpa dia di syurga nanti. (sebab lepas dia kawen dah tak boleh nak 'ngok ngek ngok ngek' sama sama sukahati bila2 masa). Jadi, redha dan bergembira.

Selepas 'pemergian' dia, baru saya sedar dengan jelas dan terang yang saya punya ramai sahabat serta teman lain yang sentiasa ada untuk saya. Betapa cuainya saya sebelum ini. Saya tidak menghargai kehadiran mereka dengan baik.

Sekarang saya cuba untuk jadi lebih baik untuk mereka sahabat dan keluarga. Masa yang berbaki perlu digunakan sebaiknya. Tahun terakhir di kampus harus dimanfaatkan untuk mengumpul memori bersama mereka buat penawar rindu kelak. Ada yang bakal pulang ke Borneo, hanya 2 orang di negeri yang sama. Sahabat kita boleh berjumpa kembali? Tiada jaminan.

Saksikan sahabat, aku kasih padamu. (walaupun korang macam tak percayakan bila aku cakap macamni)

***
Kehilangan itu akan digantikan dengan yang lebih baik. Bergembiralah jika anda kehilangan.

Patah tumbuh, hilang berganti.

Kerana Allah Maha Baik, tidak sekali zalim kepada hambanya.

AfNadz Hanif
13 Jun 2015
1.05 pagi





Friday 22 May 2015

Buku itu Ilmu

Saya menghargai buku, walaupun ada yang tidak habis baca sebab tak faham.
Malam ini ada pula yang lemparkan kenyataan bahawa tidak semua buku menjana otak.

Ohh tidak boleh menerima hakikat. Tidak mahu memanjangkan cerita, jadi ini pendapat saya.

Tak nak baca takpa.

***
Saya pernah sertai diskusi Bible. Cuba memahami dengan baik dan bersungguh.

Sewaktu program ada orang melemparkan soalan.

>Kenapa nak kaji Bible sedangkan al-Quran tak habis kaji lagi.
Ok pandang je dia. ~.~
<Kalau kita tak kenal apa itu kebatilan, bagaimana kita nak lawan dia?

***
Di Indonesia, lambakan novel cinta berunsur seks (*baca tidak senonoh) menyebabkan pendakwah di sana menulis novel untuk memerangi barah tersebut. Penulis melawan kebatilan menggunakan pena untuk menyajikan kepada masyarakat bahawa hakikat cinta yang sebenarnya.

Antara novel yang lahir pada waktu itu, Ayat Ayat Cinta, Dalam Mihrab Cinta dan banyak lagi. Ya, penulisnya Habiburahman el Syirazi dan kawan-kawannya.

Jadi, novel memainkan peranan dalam industri dakwah. Jangan pandang rendah.

***
Contoh lain, bukan novel.

Masakan penulis Bal Dholalta boleh menjawab kebatilan Tsummahtaditu (kitab Syiah) kalau dia tak baca dulu kitab tu dulu.  Siap keluarkan kitab Bal Dholalta lagi untuk menyangkal hujah.

Amek kau.

***
Akhirnya. Walaupun buku itu ada kesalahan dan kesesatannya, tetap menjana minda.
Menjana minda kita untuk melawan kebatilan dan mengangkat kebenaran.

Bukankan itu tugas engkau wahai daie?
Persiapkan diri dengan ilmu.

Hargai buku, ada ilmu dalam dia walaupun sikit.
Asal baca buku.



Tuesday 12 May 2015

Jodoh Ibarat Hadiah

Bagi saya, soal jodoh dan pernikahan merupakan persoalan tentang keyakinan dan tawakal kita kepada Allah.

Saban hari kita berdoa, dikurniakan pasangan yang soleh dan semua orang redha kepada kita. Kita berharap baitulmuslim yang dibina merupakan jalan menuju redha Allah, jalan menuju syurga Allah. Saban hari berdoa, itulah harapannya.

Yakin Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihani. Pasti Allah memberikan yang terbaik buat kita. Tiba saat Allah menjawab doa kita, yakinlah Allahlah yang mengatur segalanya.

Analoginya.
Jodoh ibarat hadiah yang diberikan kepada kita. Hadiah yang berbalut dengan pembalut rahsia dan isinya yang tidak kelihatan.

Hadiah telah tersedia, hanya tunggu cukup masa akan diserahkan kepada kita dan kita akan mengetahui apakah hadiah sebenarnya untuk kita.


Tika itu, pembalut rahsia telah dapat kita buka.
Bila ya agaknya kita dapat membuka pembalut rahsia itu?

Ketika lafaz akad.

Sehingga itu, tiada jaminan bahawa 'siapakah' di sebalik hadiah itu. Hanya kesabaran dan doa mengiringi.

Moga anda tabah menanti hadiah terindah buatmu. Bertawakallah dengan doamu.


AfNadz Hanif
12 Mei 2015


Monday 12 January 2015

Buat peminat dan pembenci novel!

I dont like maharaja lawak mega.
So what!
***
Novel atau buku cerita.
Yang penting ada cerita, tak kisah la tebal mana pun.
Tanggapan orang kepada peminat pembaca novel, ----> kuat berangan, kuat berangan, kuat berangan, kuat berangan. Haha.
Sebab ape? Sebab cerita tu rekaan penulis je, cerita tu melebih sangat, mana ada cerita macam tu. Dapat pulak kalau baca novel cinta, habis kena boikot. Huu.
Pendapat saya, takla seteruk tu, okeylah lagi dari sesapa yang suka sangat tengok MLM. *.*
Okey, cik abang, cik adik, cik kakak, meh baca ni.
***
Dengan baca cerita (sekali lagi tak kisah buku apa, novel ke, janji ada cerita k, dalam buku ilmiah motivasi pun ada cerita yang diselitkan-chicken soup ke, who remove my cheese, muslim pro, suami aku ustaz ke, majalah kuntum ke, mastika ke)
kadang-kadang ia boleh buat kita mengubah persepsi kita terhadap sesuatu perkara,
tanggapan terhadap sesuatu perkara,
membuat kita menukar gaya pemikiran kita, cara kita berfikir,
sama ada perkara besar atau kecil.
'Oh, ada juga orang macam ni kat dunia ni...'
'Baru aku tahu...'
Semua tu tanda yang kita sedang mula memperbaharui sisi pandang kita dalam kehidupan. *senyum sikek.
Dalam masa yang sama, kita belajar dari pengalaman watak dalam cerita tersebut...
Bagaimana dia mengambil tindakan bila terjadinya sesuatu masalah atau perkara...
Kesan dan akibat apabila langkah itu diambil...
Reaksi watak apabila ia berlaku...dan banyak lagi.
Semua tu kalau kita baca bukan sekadar baca, kita akan dapat.
Mungkin juga boleh terkesan dengan 'jiwa' watak tersebut walaupun ia hanya sekadar watak hitam putih di dada kertas. (ayat drama queen)
Mencontohi tingkah lakunya, perwatakkannya, (selalu watak hero/heroin dalam cerita kan sempurna 'sangat').
'Baiknya, dia maafkan macam tu jekkk...'
'Panjangnya doa dia (Aisya Yusro) saja dua page...'
'Jahatnya...mana aci buat camtu...'
Semua tu buat kita berfikir. Takla lesu otak tengok MLM, juri pun tak faham diorang buat story apa, haha.
Lagi,
Semestinya kita akan dapat banyak info dari cerita tu, sama ada dari latar tempat (ooo baru tahu pulau nami tu kat korea), nama watak untuk buat stok nama anak cucu nanti (umar al banna, adam dan hawani) atau sejarah yang diimbas kembali, paling tidak, ayat puitis, sajak nanti nak bagi masa bufday kawan, dan perkataan yang korang selalu guna tulah, HACKS and wat ever...erk. (Novel Ustazah Fatimah Syarha banyak ilmu fiqh boleh baca, belajar ekspress. Hee)
Info la tu, berguna la dalam hidup ni, paling paling bila orang tanya takla dapat markah F.
Ye, memang cerita tu khayalan penulis je, ada yang mungkin benar tapi tak logik, tapi mana korang tahu dalam dunia ini (termasuk semua planet dalam galaksi Milky Way dan teleskop tempat yang NASA belum teroka lagi, dulu dan esok esok), confirm ke takda makhluk yang lalui pengalaman macam tu?
Ha, kan?
Fikir, lagi satu, nothing imposible kalau Allah nak, kan? Idea penulis tu Allah yang bagi jugak.
So, jangan pandang sebelah mata je dengan buku cerita. Mentang mentang korang baca tesis, buat rujukan bagai, ilmiah la konon, baru 10 minit baca dah mengucap, lepas esok buat discussion lupa. Haha. Gurau je bro sis~
Ingat, baca apa pun, takkan rugi, sebab wahyu pertamakan diperintahkan membaca. Surah al-Alaq, Iqra'... *senyum sikek.
P:S - baca baca pun, tolong pilih penulis ye, jangan terbaca benda songsangkan akidah dan boleh menguningkan otak anda. Ok?
Contoh buku yang boleh baca banyak, senang je, pergi kedai buku, tengokla. Rerajin ziarah dan berkawan dengan buku, moga terpalit dakwatnya. Eh.
***
Kesimpulannya, end of the story yang tak sebarapa malam ni sebab mata tak mengantuk dan takdapat membebel, jadi inilah dia keyboard warrior, haha.
Rumusannya, manusia dan membaca berpisah tiada.
Buku yang terbaik untuk dibaca ialah al-Kitab-al-Furqan---> al Quran.
Sebaik mana watak dalam cerita tu, pastinya dia tidak dapat ,menandingi baik tingkah laku dan solehnya Nabi kita, Nabi Muhammad.
Tertib dan tersusun bait kata dan plot cerita, baik lagi gaya bahasa dan plot cerita Allah dalam al Quran dan kehidupan kita.
Banyak pengajaran ke, banyak lagi pengajaran dalam al Quran dan Sirah nabi.
Jadi, banyakkan membaca juga berfikir. Sebab tu bila baca al Quran kena baca terjemahan. Kalau tak biasa, baca terjemahan dulu baru baca Arab dia..hoo.
***
Itu je pesan saya sempena esok 12 Rabiul Awal 1436H.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wa ashabihi ajmain wa man tabia'hu ila yaumiddin.
***

Kritikan dan komen membina dialukan, terima kasih sudi baca sampai habis. Sob..sob, 


AfNadz Hanif
3 Januari 2015
1.20 pagi

Da Real Teamwork

Teamwork.
Pada saya asasnya ialah kepercayaan dan kesetiaan,
Kerana ia merupakan sebuah hubungan.
Hubungan kerja lah, bukan hubungan lain2.
***
Mudah ja,
Apabila kita bekerja as a team, ketika agihan tugasan, kita perlu percaya dengan semua partner tugasan kita.
Percaya yang dia boleh lakukannya, walaupun pertama kali bekerja dengannya,
Percaya dia juga buat sehabis baik, walaupun dia selalu 'ting tong',
Percaya yang di juga commit seperti kita commit.
Manakala apabila diberi tugasan, kita perlu setia untuk laksanakan ke akhirnya.
Setia walaupun due date kerja lewat, at last siapkan jugak, bukan terbengkalai,
Setia untuk hadir mesyuarat, walaupun lambat sampai,
Setia sehingga ke akhirnya, buat kerja sampai habis, bukan tarik diri.
Banyak lagi contoh, bukan ini ja.
***
Kesimpulannya,
Work as a team, kita akan gembira. *senyum sikek
Takla stress. Takla nak mengamuk tak tentu pasal.
Sebab kita tahu, kita ada team yang percaya dengan kebolehan kita, dan setia bersama sehingga ke garisan akhir.
Paling best, kita tahu kalau kita tak sempat siapkan task, team members akan backup dan begitulah sebaiknya. * sengeh sikek
Mungkin terlalu ideal, sebab memang ia mengambil proses yang sangat lama.
Memang takkan dapat teamwork yang best sebab diri sendiri pun ragu dengan team sendiri.
Piraahhh!
Satu lagi,
Kalau nak sukat hubungan teamwork tu real ke fake,
Tengok.....hati awak semua lah, ikhlas ke tak. I pun tak reti nak sukat macamana. Haha.
***
Praktis,
Percaya dan Setia.

Thiqah dan Amanah.

:) 

AfNadz Hanif
7 Januari 2015
9:50 malam