murabbitun

murabbitun

Monday 26 October 2015

7 Tips untuk Internship cikgu

Alhamdulillah, akhirnya fasa intership selesai sudah minggu lepas.

Sekejap ja rasa.

Sebulan di sekolah (walaupun hanya 13 hari sebab banyak cuti jerebu) banyak pengalaman dan pengajaran yang saya faham dan mengerti.

Mengerti bermakna mengetahui dan memahami erti sesuatu, berbeza dengan sekadar tahu. Selalunya ia berdasarkan pengalaman yang pernah kita lalui.

Okey, lets start menceceh. Ini beberapa pengajaran yang saya dapat, real experience.


Perkara 1: Jadi guru mudah dapat pahala, mudah juga dapat dosa.

Kenapa mudah dapat dosa? Kita jumpa ramai orang. Kebanyakkan guru ialah perempuan, memang terjebaklah dengan perbuatan mengumpat. Mungkin kita tak mengeluarkan kata-kata, tetapi kita mempunyai telinga untuk mendengar segalanya. Hahaha. Kira sama la tu mengumpat.

Oh saya tidak suka situasi itu, rasa bersalah menghantui diri. Elakkan terlibat dalam program mengumpat dan mengata orang okey semua. Kalau tak suka, tak perlu cakap, diamkan dan lupakan terus.



Perkara 2: Berhati-hati jika berkata-kata (memberi komen/kritikan)

Ha, ini memang kelakar. Kita bercakap memang best, siap kutuk sebat semua. Tapi kita tak sedar yang orang yang kita kutuk sebat tu ada kena mengena dengan orang yang kita sembang. Tak baik tau kecilkan hati orang.

Apa perasaan kita bila ada orang kutuk sebat sedara mara kita atau orang yang kita kenal. Mesti rasa tak best kan? So, hati-hati la yea. Saya sendiri mengalaminya, sedih la.

Sebab, cikgu tu yang kutuk sebat murid!

Aigo, sebagai guru, elakkan bercerita kelemahan murid, aib murid kita kena jaga juga. Its normal lah kalau budak-budak buat salah, lemah ke, kan mereka masih dalam proses belajar. Tugas guru ialah sabar dan terus layan serta bentuk murid. Kot tetiba murid dah pandai, cikgu tak perlu ada la dalam dunia ni.

Pedoman ni saya dapat dari seorang pensyarah masa di IPG, lovely ustazah. Dia sangat menjaga aib dan kelemahan kami sebagai seorang pelajar. Ya kami lemah dan banyak 'nakal' masa praktikal, dia tak cerita pun kat rakan pensyarah lain. Walaupun kesalahan tu boleh kena penalti dah la, dia bagi peluang untuk baiki diri. Lastly, kami sedar sendiri dan buat sebaik mungkin. Sampai sekarang rahsia tinggal rahsia. Ehe.

*kami di sini merujuk kepada saya dan kawan saya yang melalui peristiwa bersama.


Perkara 3: Lain tempat lain gaya, mesti fahami itu!

Berada di suatu tempat baharu, kita mesti fahami yang mereka mempunyai budaya mereka sendiri yang telah diamalkan berkurun lama (nak tunjuk betapa lamanya amalan budaya itu). Macam-macam style ada dari sekecil-kecil budaya hingga sebesar-besar budaya pun ada.

Kat sini saya ada silap sikit, saya lupa nak tanya beberapa perkara yang biasa warga sekolah amalkan. Haha, buat macam sekolah sendiri kau. Dah la tak tanya, bajet nak memerhati je untuk faham, last2 tak cukup masa nak perati.

Its okey, next school kita tanya macam-macam okey.

Contoh soalan. cikgu boleh balik pukul berapa? hadir ke sekolah ada masa yang ditetapkan tak? kokurikulum hari apa? jadual kedatangan siapa yang bertanggungjawab, guru kelas atau guru masa pertama? tulis tarikh, hari macamna? Gunakan mentor dan guru pembimbing sebaiknya, tanya berdas-berdas.


Perkara 4: Lapangkan telinga, rapatkan mulut.

First yang kita kena tahu cikgu nature dia suka bercakap, banyak cerita. Tambah-tambah kita cikgu baru, memang banyak la cerita dan pengalaman yang mereka nak kongsi. Jadi tugas sebagai guru baru, lapangkan telinga dan rapatkan mulut. Dengar pengalaman depa, takyah sampuk sangat, angguk dan senyum. Bagi saya, angguk dan senyum bukan tanda kita setuju dengan apa yang dikatakan, cuma sebagai tanda kita mendengar apa yang dia katakan. Kalau kita cakap banyak, itu semacam mahu tunjuk hebat la dengan mereka yang berpengalaman.

Kalau depa tanya, baru jawab okey. Sabar ja.

Takpa, dengar ja, mereka mahu mengenali kamu juga mengenalkan diri mereka kepada kamu.

Kadangkala untuk bina hubungan, kita bukan perlu banyak bercakap, hanya perlu banyak mendengar.


Perkara 5: Bergaul dengan semua orang

Biarpun sekolah tu ada banyak 'blok' means click or kumpulan. Samada kumpulan GB atau kumpulan cikgu ke, biarkan, jangan join yea. Jadilah berkecuali, boleh bergaul dan bekerjasama dengan semua orang.

Kita buat kerja kita, jangan sibuk judge orang sana salah, orang sini betul. Ok.


Perkara 6: Bukan mudah menjadi pentadbir.

Sepanjang jadi guru pelatih, banyak dah sekolah saya pergi. Ajaibnya, semua sekolah punya pentadbir dapat komplain dari guru. Haha. Selaku guru pelatih, saya tak masuk campur masalah guru dengan pentadbir, just dengar gitu jah. Sebab kami kena baik dengan pentadbir, nak bagi markah nanti, kahkah.

Ada beberapa perkara yang naik saya pesan kepada diri sendiri bila lihat situasi ini, untuk pedoman hari esok bila jadi guru betul-betul punya.

Bukan mudah menjadi pentadbir, jadi kita as orang bawah, jangan mudah men'judge' dan memberi komen kepada segala macam tindakan pentadbir. Hal ini kerana (ayat karangan sudah bermula) mereka ibarat helang yang melihat secara luas, dan kita sebagai ayam di tanah rata. Pandangan ayam terhad.

Mungkin ada perkara yang kita tidak tahu, dan mereka telah memilih jalan yang sebaiknya.

Mungkin pentadbir ada membuat silap, ya maafkan saja kerana mereka juga baru menjadi pentadbir, masih dalam proses belajar. Tugas kita hanya beri nasihat atau memberi cadangan supaya situasi menjadi lebih baik. Kenali sendiri pentadbir bukan dengan kaca mata dan pandangan orang lain.

Do not comment but say a wish.

Amalan menghormati penting dengan pentadbir. Mereka layak di tempat mereka, beri mereka peluang untuk jalankan tugas dengan baik. Buang sikap buruk sangka dan perasaan diri anda sahaja yang betul dan layak untuk segala-galanya. Huh.


Perkara 7: Jika tidak puas hati, bersabarlah.

Tak guna kalau tak puas hati, lepas tu pergi menjaja cerita. Mungkin kita ada silap juga, jangan jaja silap diri sendiri. First things first before nak baiki situasi, admit your mistake. Jangan salahkan orang, baiki silap kita.

Rendahkan hati. Kita tak perlu cakap tapi hanya perlu buat.

Cara nak rendahkan hati (secara batin) kita rendahkan kepala secara zahirnya. Itu yang saya buat la, sebab bila kita rendahkan pandangan/kepala, kita akan lihat tanah dimana kita berpijak. Diri kita di tanah, bukan di langit, mengapa mahu bersifat seperti makhluk langit?

Ingat, Allah itu Maha Adil. Tiada yang zalim di dunia ini. Jika tertindas, mahkamah akhirat menanti, kita tidak pernah rugi. Insya-Allah.



Okey tamat 7 tips internship cikgu.
Thanks baca cerita mengarut ini.
Selamat berinternship dan menjadi guru baik.


*pesanan: hanya dalam fikiran penulis, tiada kena mengena dengan hidup atau mati.







Thursday 22 October 2015

Guru yang disanjungi!

Dedikasi khas buat semua guru yang telah menyampaikan ilmu kepada saya.

Sungguhpun kita tidak sebijak yang diharapkan, sewajibnya ke atas kita untuk menghormati guru. Sungguhpun kita tidak menyukainya, sewajibnya ke atas kita untuk menyayangi insan bernama guru.

Bila dewasa kini , baru saya mengerti betapa pentingnya kita menjaga adab dan menghormati guru.
Syair berikut boleh kita hayati untuk membantu kita memahami adab sebagai penuntut ilmu.

***

Terhadap guru hendaklah hormat
Petuanya didengar amanahnya diingat
petunjuknya diikut secara cermat
pengajarannya diterima sepenuh minat

terhadap guru hendaklah sopan
lembutkan lidah dalam percakapan
jernihkan muka bila berhadapan
dahulukan guru bila berjalan

terhadap guru elokkan perangai
jangan sekali memandai-mandai
nasihatnya diikut petua dipakai
tekun belajar jangalah lalai

terhadap guru jagnan menyanggah
tunjuk ajarnya jangan dibantah
bila bertanya elokkan tingkah
supaya belajar beroleh berkah

terhadap guru jangan menyombong
membusungkan dada mengembangkan hidung
petuanya diambil amanah dijunjung
supaya berkahnya sambung bersambung

terhadap guru bersangka baik
lebih kurangnya jangan diuisk
ambil ilmunya secara baik
bagai menimba air di tasik

terhadap guru janganlah ragu
petuanya dinanti amanah ditunggu
jangan dihitung masa berlalu
supaya semangatmu tiada layu

terhadap guru hendaklah kasih
tunjukkan hati lurus dan bersih
jangan dikira penat dan letih
ilmu ditimba menjadi benih

terhadap guru jangan berdusta
bercabang lidah bersilang kata
supaya tercapai sebarang pinta
hiduppun tidak beroleh nista

terhadap guru jangan khianat
di muka memuji di belakang khianat
bersihkan hati luruskan niat
supaya ilmumu beroleh berkat

terhadap guru jangan berdendam
baiknya diambil buruknya dipendam
daripada bercanggah eloklah diam
supaya keberkahannya tiada padam

terhadap guru jangan mengumpat
jangan pula hujat menghujat
supaya ilmu beroleh manfaat
sejahtera hidup dunia akhirat

kepada guru hendaklah patuh
tunjuk ajarnya dijadikan suluh
diamalkan dengan bersungguh sungguh
supaya hidup menjadi senonoh

kepada guru banyak bertanya
supaya terbuka rahsia ilmunya
fahamnya sampai ke akar umbinya
dalam beramal faham hakikatnya

kepada guru hendaklah rapat
supaya banyak ilmu didapat
ada yang tersurat, ada tersirat
fahamnya sampai pada makrifat

maruah guru hendaklah dijaga
peliharalah aib dengan malunya
bantulah segala keperluannya
supaya kita beroleh berkahnya

Syair Tunjuk Ajar
disunting daripada
Buku Kesantunan dan Adab Melayu

Tenas Effendy

Tuesday 4 August 2015

Ciri manusia kreatif

1. Bijak dan mampu melaksanakan idea dengan maksimum.

2. Memiliki pandangan positif terhadap diri sendiri, orang lain dan persekitaran.

3. Memiliki inspirasi dan motivasi dari masalah yang dilihat.

4. Menghargai kebebasan perbezaan pendapat.

5. Cenderung pada fantasi (khayalan).

6. Bersikap fleksibel.

7. Melihat sesuatu dari sudut berbeza.

Tuesday 28 July 2015

Cecerita kajian tindakan

Cecerita kajian tindakan guru pelatih sem 8.

Sepanjang minggu ini bermula hari Isnin lepas, saya ke sekolah untuk berjumpa dengan subjek kajian (intervensi) dan mengumpul data. Jangka masa seminggu kalau ikut logik memang tak sempatlah.

Kajian tindakan saya berkaitan penggunaan audio dalam meningkatkan kemahiran hafazan al-Quran. Saya pilih Surah al-'Adiyat dan subjek kajian murid Tahun 4. (panjang ceritanya mengapa saya pilih surah ini, tak larat nak tulis)

***
Pagi ini, selepas intervensi fasa kedua saya jalankan, sengaja saya pasangkan lagu Kun Anta walaupun tidak termasuk dalam perancangan kajian, atas permintaan murid.

Haha. Mereka hafal lagu Kun Anta yang berlirik Arab tu. Siap nyanyi dengan gembira lagi. Paling memeranjatkan, ada salah seorang subjek kajian menyanyi dengan sebutan yang betul, huruf yang dia sebut tepat!

Padahal tadi suruh hafaz surah dia la paling merisaukan, asyik tersalah sebut kalimah aje. 😅

***
<Awak semua tahu dan hafal ke lagu Kun Anta?
>Hafal!
<Awak tengok ke lirik dia yang Arab tu, ke dengar je kat radio?
>Tengok jugak..

Kesimpulannya, saya rasa kajian saya ni tak perlu dikaji-kaji lagi sebab murid memang boleh ingat dan hafal bila mendengar audio selalu.

Kun Anta senang nak hafal, apatah lagi Surah al-' Adiyat yang sebelas ayat itu.

*Saya guna audio qari al-Afasi, sedap suara ustaz dari penyanyi Kun Anta sapa tah nama dia~
*esok takyah pergi sekolah dah. Hoho.


AfNadz Hanif
29.7.15
9.00 am