murabbitun

murabbitun

Monday, 26 October 2015

7 Tips untuk Internship cikgu

Alhamdulillah, akhirnya fasa intership selesai sudah minggu lepas.

Sekejap ja rasa.

Sebulan di sekolah (walaupun hanya 13 hari sebab banyak cuti jerebu) banyak pengalaman dan pengajaran yang saya faham dan mengerti.

Mengerti bermakna mengetahui dan memahami erti sesuatu, berbeza dengan sekadar tahu. Selalunya ia berdasarkan pengalaman yang pernah kita lalui.

Okey, lets start menceceh. Ini beberapa pengajaran yang saya dapat, real experience.


Perkara 1: Jadi guru mudah dapat pahala, mudah juga dapat dosa.

Kenapa mudah dapat dosa? Kita jumpa ramai orang. Kebanyakkan guru ialah perempuan, memang terjebaklah dengan perbuatan mengumpat. Mungkin kita tak mengeluarkan kata-kata, tetapi kita mempunyai telinga untuk mendengar segalanya. Hahaha. Kira sama la tu mengumpat.

Oh saya tidak suka situasi itu, rasa bersalah menghantui diri. Elakkan terlibat dalam program mengumpat dan mengata orang okey semua. Kalau tak suka, tak perlu cakap, diamkan dan lupakan terus.



Perkara 2: Berhati-hati jika berkata-kata (memberi komen/kritikan)

Ha, ini memang kelakar. Kita bercakap memang best, siap kutuk sebat semua. Tapi kita tak sedar yang orang yang kita kutuk sebat tu ada kena mengena dengan orang yang kita sembang. Tak baik tau kecilkan hati orang.

Apa perasaan kita bila ada orang kutuk sebat sedara mara kita atau orang yang kita kenal. Mesti rasa tak best kan? So, hati-hati la yea. Saya sendiri mengalaminya, sedih la.

Sebab, cikgu tu yang kutuk sebat murid!

Aigo, sebagai guru, elakkan bercerita kelemahan murid, aib murid kita kena jaga juga. Its normal lah kalau budak-budak buat salah, lemah ke, kan mereka masih dalam proses belajar. Tugas guru ialah sabar dan terus layan serta bentuk murid. Kot tetiba murid dah pandai, cikgu tak perlu ada la dalam dunia ni.

Pedoman ni saya dapat dari seorang pensyarah masa di IPG, lovely ustazah. Dia sangat menjaga aib dan kelemahan kami sebagai seorang pelajar. Ya kami lemah dan banyak 'nakal' masa praktikal, dia tak cerita pun kat rakan pensyarah lain. Walaupun kesalahan tu boleh kena penalti dah la, dia bagi peluang untuk baiki diri. Lastly, kami sedar sendiri dan buat sebaik mungkin. Sampai sekarang rahsia tinggal rahsia. Ehe.

*kami di sini merujuk kepada saya dan kawan saya yang melalui peristiwa bersama.


Perkara 3: Lain tempat lain gaya, mesti fahami itu!

Berada di suatu tempat baharu, kita mesti fahami yang mereka mempunyai budaya mereka sendiri yang telah diamalkan berkurun lama (nak tunjuk betapa lamanya amalan budaya itu). Macam-macam style ada dari sekecil-kecil budaya hingga sebesar-besar budaya pun ada.

Kat sini saya ada silap sikit, saya lupa nak tanya beberapa perkara yang biasa warga sekolah amalkan. Haha, buat macam sekolah sendiri kau. Dah la tak tanya, bajet nak memerhati je untuk faham, last2 tak cukup masa nak perati.

Its okey, next school kita tanya macam-macam okey.

Contoh soalan. cikgu boleh balik pukul berapa? hadir ke sekolah ada masa yang ditetapkan tak? kokurikulum hari apa? jadual kedatangan siapa yang bertanggungjawab, guru kelas atau guru masa pertama? tulis tarikh, hari macamna? Gunakan mentor dan guru pembimbing sebaiknya, tanya berdas-berdas.


Perkara 4: Lapangkan telinga, rapatkan mulut.

First yang kita kena tahu cikgu nature dia suka bercakap, banyak cerita. Tambah-tambah kita cikgu baru, memang banyak la cerita dan pengalaman yang mereka nak kongsi. Jadi tugas sebagai guru baru, lapangkan telinga dan rapatkan mulut. Dengar pengalaman depa, takyah sampuk sangat, angguk dan senyum. Bagi saya, angguk dan senyum bukan tanda kita setuju dengan apa yang dikatakan, cuma sebagai tanda kita mendengar apa yang dia katakan. Kalau kita cakap banyak, itu semacam mahu tunjuk hebat la dengan mereka yang berpengalaman.

Kalau depa tanya, baru jawab okey. Sabar ja.

Takpa, dengar ja, mereka mahu mengenali kamu juga mengenalkan diri mereka kepada kamu.

Kadangkala untuk bina hubungan, kita bukan perlu banyak bercakap, hanya perlu banyak mendengar.


Perkara 5: Bergaul dengan semua orang

Biarpun sekolah tu ada banyak 'blok' means click or kumpulan. Samada kumpulan GB atau kumpulan cikgu ke, biarkan, jangan join yea. Jadilah berkecuali, boleh bergaul dan bekerjasama dengan semua orang.

Kita buat kerja kita, jangan sibuk judge orang sana salah, orang sini betul. Ok.


Perkara 6: Bukan mudah menjadi pentadbir.

Sepanjang jadi guru pelatih, banyak dah sekolah saya pergi. Ajaibnya, semua sekolah punya pentadbir dapat komplain dari guru. Haha. Selaku guru pelatih, saya tak masuk campur masalah guru dengan pentadbir, just dengar gitu jah. Sebab kami kena baik dengan pentadbir, nak bagi markah nanti, kahkah.

Ada beberapa perkara yang naik saya pesan kepada diri sendiri bila lihat situasi ini, untuk pedoman hari esok bila jadi guru betul-betul punya.

Bukan mudah menjadi pentadbir, jadi kita as orang bawah, jangan mudah men'judge' dan memberi komen kepada segala macam tindakan pentadbir. Hal ini kerana (ayat karangan sudah bermula) mereka ibarat helang yang melihat secara luas, dan kita sebagai ayam di tanah rata. Pandangan ayam terhad.

Mungkin ada perkara yang kita tidak tahu, dan mereka telah memilih jalan yang sebaiknya.

Mungkin pentadbir ada membuat silap, ya maafkan saja kerana mereka juga baru menjadi pentadbir, masih dalam proses belajar. Tugas kita hanya beri nasihat atau memberi cadangan supaya situasi menjadi lebih baik. Kenali sendiri pentadbir bukan dengan kaca mata dan pandangan orang lain.

Do not comment but say a wish.

Amalan menghormati penting dengan pentadbir. Mereka layak di tempat mereka, beri mereka peluang untuk jalankan tugas dengan baik. Buang sikap buruk sangka dan perasaan diri anda sahaja yang betul dan layak untuk segala-galanya. Huh.


Perkara 7: Jika tidak puas hati, bersabarlah.

Tak guna kalau tak puas hati, lepas tu pergi menjaja cerita. Mungkin kita ada silap juga, jangan jaja silap diri sendiri. First things first before nak baiki situasi, admit your mistake. Jangan salahkan orang, baiki silap kita.

Rendahkan hati. Kita tak perlu cakap tapi hanya perlu buat.

Cara nak rendahkan hati (secara batin) kita rendahkan kepala secara zahirnya. Itu yang saya buat la, sebab bila kita rendahkan pandangan/kepala, kita akan lihat tanah dimana kita berpijak. Diri kita di tanah, bukan di langit, mengapa mahu bersifat seperti makhluk langit?

Ingat, Allah itu Maha Adil. Tiada yang zalim di dunia ini. Jika tertindas, mahkamah akhirat menanti, kita tidak pernah rugi. Insya-Allah.



Okey tamat 7 tips internship cikgu.
Thanks baca cerita mengarut ini.
Selamat berinternship dan menjadi guru baik.


*pesanan: hanya dalam fikiran penulis, tiada kena mengena dengan hidup atau mati.