murabbitun

murabbitun

Tuesday 12 May 2015

Jodoh Ibarat Hadiah

Bagi saya, soal jodoh dan pernikahan merupakan persoalan tentang keyakinan dan tawakal kita kepada Allah.

Saban hari kita berdoa, dikurniakan pasangan yang soleh dan semua orang redha kepada kita. Kita berharap baitulmuslim yang dibina merupakan jalan menuju redha Allah, jalan menuju syurga Allah. Saban hari berdoa, itulah harapannya.

Yakin Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihani. Pasti Allah memberikan yang terbaik buat kita. Tiba saat Allah menjawab doa kita, yakinlah Allahlah yang mengatur segalanya.

Analoginya.
Jodoh ibarat hadiah yang diberikan kepada kita. Hadiah yang berbalut dengan pembalut rahsia dan isinya yang tidak kelihatan.

Hadiah telah tersedia, hanya tunggu cukup masa akan diserahkan kepada kita dan kita akan mengetahui apakah hadiah sebenarnya untuk kita.


Tika itu, pembalut rahsia telah dapat kita buka.
Bila ya agaknya kita dapat membuka pembalut rahsia itu?

Ketika lafaz akad.

Sehingga itu, tiada jaminan bahawa 'siapakah' di sebalik hadiah itu. Hanya kesabaran dan doa mengiringi.

Moga anda tabah menanti hadiah terindah buatmu. Bertawakallah dengan doamu.


AfNadz Hanif
12 Mei 2015


No comments:

Post a Comment