'Satu peluru hanya mampu menembusi satu kepala, namun satu tulisan mampu menembusi ribuan malah jutaan kepala...' -Syed Qutb. Maka, tulislah kalian demi agamamu. Bismillah, bermulalah tulisan saya.
murabbitun
Tuesday, 4 August 2015
Ciri manusia kreatif
2. Memiliki pandangan positif terhadap diri sendiri, orang lain dan persekitaran.
3. Memiliki inspirasi dan motivasi dari masalah yang dilihat.
4. Menghargai kebebasan perbezaan pendapat.
5. Cenderung pada fantasi (khayalan).
6. Bersikap fleksibel.
7. Melihat sesuatu dari sudut berbeza.
Tuesday, 28 July 2015
Cecerita kajian tindakan
Sepanjang minggu ini bermula hari Isnin lepas, saya ke sekolah untuk berjumpa dengan subjek kajian (intervensi) dan mengumpul data. Jangka masa seminggu kalau ikut logik memang tak sempatlah.
Kajian tindakan saya berkaitan penggunaan audio dalam meningkatkan kemahiran hafazan al-Quran. Saya pilih Surah al-'Adiyat dan subjek kajian murid Tahun 4. (panjang ceritanya mengapa saya pilih surah ini, tak larat nak tulis)
***
Pagi ini, selepas intervensi fasa kedua saya jalankan, sengaja saya pasangkan lagu Kun Anta walaupun tidak termasuk dalam perancangan kajian, atas permintaan murid.
Haha. Mereka hafal lagu Kun Anta yang berlirik Arab tu. Siap nyanyi dengan gembira lagi. Paling memeranjatkan, ada salah seorang subjek kajian menyanyi dengan sebutan yang betul, huruf yang dia sebut tepat!
Padahal tadi suruh hafaz surah dia la paling merisaukan, asyik tersalah sebut kalimah aje. 😅
***
<Awak semua tahu dan hafal ke lagu Kun Anta?
>Hafal!
<Awak tengok ke lirik dia yang Arab tu, ke dengar je kat radio?
>Tengok jugak..
Kesimpulannya, saya rasa kajian saya ni tak perlu dikaji-kaji lagi sebab murid memang boleh ingat dan hafal bila mendengar audio selalu.
Kun Anta senang nak hafal, apatah lagi Surah al-' Adiyat yang sebelas ayat itu.
*Saya guna audio qari al-Afasi, sedap suara ustaz dari penyanyi Kun Anta sapa tah nama dia~
*esok takyah pergi sekolah dah. Hoho.
AfNadz Hanif
29.7.15
9.00 am
Sunday, 5 July 2015
Hambatan Masa
AfNadz Hanif
6.7.15
10.00 am
Saturday, 20 June 2015
Perlabuhan impian
Friday, 12 June 2015
Patah Tumbuh Hilang Berganti
***
Saya sayang anak usrah aka adik usrah saya, sahabat-sahabat saya.
Meluangkan masa dengan mereka adalah perkara yang jarang dapat saya buat lantaran dek kesempitan masa dan tuntutan kerja. Adakah itu alasan semata? Mereka juga amanah untuk saya.
Hari ini saya meluangkan masa dengan mereka, mendengar mereka bercerita, bercakap dan bertanya soalan. Sesuatu yang mereka tak tahu ialah saya sentiasa 'memerhati' semasa mereka berceloteh. Manisnya senyuman, halus perwatakkan, matangnya hujah dan celiknya pemikiran.
Mereka sudah menginjak dewasa rupanya.
***
Kadang-kadang kehilangan sesuatu membuatkan kita nampak apa yang kita masih ada. Mungkin sebab itu Allah menciptakan kematian dan kehilangan kerana untuk kita merasa yang Allah saja yang kita ada, bukan manusiawi atau duniawi.
Pernikahan sahabat baik tempoh hari menggembirakan saya. Tulus hati berat untuk melepaskan, namun mesti wali dan keluarganya lebih berat untuk melepaskan dia. Sebagai sahabat saya takut dia hilang dari saya.
Setelah difikirkan kembali, pernikahan itu menyambung silaturahmi, bukan memutuskan persaudaraan. Juga harapan saya melihat dia bahagia dan moga saya jumpa dia di syurga nanti. (sebab lepas dia kawen dah tak boleh nak 'ngok ngek ngok ngek' sama sama sukahati bila2 masa). Jadi, redha dan bergembira.
Selepas 'pemergian' dia, baru saya sedar dengan jelas dan terang yang saya punya ramai sahabat serta teman lain yang sentiasa ada untuk saya. Betapa cuainya saya sebelum ini. Saya tidak menghargai kehadiran mereka dengan baik.
Sekarang saya cuba untuk jadi lebih baik untuk mereka sahabat dan keluarga. Masa yang berbaki perlu digunakan sebaiknya. Tahun terakhir di kampus harus dimanfaatkan untuk mengumpul memori bersama mereka buat penawar rindu kelak. Ada yang bakal pulang ke Borneo, hanya 2 orang di negeri yang sama. Sahabat kita boleh berjumpa kembali? Tiada jaminan.
Saksikan sahabat, aku kasih padamu. (walaupun korang macam tak percayakan bila aku cakap macamni)
***
Kehilangan itu akan digantikan dengan yang lebih baik. Bergembiralah jika anda kehilangan.
Patah tumbuh, hilang berganti.
Kerana Allah Maha Baik, tidak sekali zalim kepada hambanya.
AfNadz Hanif
13 Jun 2015
1.05 pagi
Friday, 22 May 2015
Buku itu Ilmu
Malam ini ada pula yang lemparkan kenyataan bahawa tidak semua buku menjana otak.
Ohh tidak boleh menerima hakikat. Tidak mahu memanjangkan cerita, jadi ini pendapat saya.
Tak nak baca takpa.
***
Saya pernah sertai diskusi Bible. Cuba memahami dengan baik dan bersungguh.
Sewaktu program ada orang melemparkan soalan.
>Kenapa nak kaji Bible sedangkan al-Quran tak habis kaji lagi.
Ok pandang je dia. ~.~
<Kalau kita tak kenal apa itu kebatilan, bagaimana kita nak lawan dia?
***
Di Indonesia, lambakan novel cinta berunsur seks (*baca tidak senonoh) menyebabkan pendakwah di sana menulis novel untuk memerangi barah tersebut. Penulis melawan kebatilan menggunakan pena untuk menyajikan kepada masyarakat bahawa hakikat cinta yang sebenarnya.
Antara novel yang lahir pada waktu itu, Ayat Ayat Cinta, Dalam Mihrab Cinta dan banyak lagi. Ya, penulisnya Habiburahman el Syirazi dan kawan-kawannya.
Jadi, novel memainkan peranan dalam industri dakwah. Jangan pandang rendah.
***
Contoh lain, bukan novel.
Masakan penulis Bal Dholalta boleh menjawab kebatilan Tsummahtaditu (kitab Syiah) kalau dia tak baca dulu kitab tu dulu. Siap keluarkan kitab Bal Dholalta lagi untuk menyangkal hujah.
Amek kau.
***
Akhirnya. Walaupun buku itu ada kesalahan dan kesesatannya, tetap menjana minda.
Menjana minda kita untuk melawan kebatilan dan mengangkat kebenaran.
Bukankan itu tugas engkau wahai daie?
Persiapkan diri dengan ilmu.
Hargai buku, ada ilmu dalam dia walaupun sikit.
Asal baca buku.
Tuesday, 12 May 2015
Jodoh Ibarat Hadiah
Saban hari kita berdoa, dikurniakan pasangan yang soleh dan semua orang redha kepada kita. Kita berharap baitulmuslim yang dibina merupakan jalan menuju redha Allah, jalan menuju syurga Allah. Saban hari berdoa, itulah harapannya.
Yakin Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihani. Pasti Allah memberikan yang terbaik buat kita. Tiba saat Allah menjawab doa kita, yakinlah Allahlah yang mengatur segalanya.
Analoginya.
Jodoh ibarat hadiah yang diberikan kepada kita. Hadiah yang berbalut dengan pembalut rahsia dan isinya yang tidak kelihatan.
Hadiah telah tersedia, hanya tunggu cukup masa akan diserahkan kepada kita dan kita akan mengetahui apakah hadiah sebenarnya untuk kita.
Tika itu, pembalut rahsia telah dapat kita buka.
Bila ya agaknya kita dapat membuka pembalut rahsia itu?
Ketika lafaz akad.
Sehingga itu, tiada jaminan bahawa 'siapakah' di sebalik hadiah itu. Hanya kesabaran dan doa mengiringi.
Moga anda tabah menanti hadiah terindah buatmu. Bertawakallah dengan doamu.
AfNadz Hanif
12 Mei 2015
Monday, 12 January 2015
Buat peminat dan pembenci novel!
Da Real Teamwork
Friday, 26 September 2014
Zulhijjah dan Hajj
Rindu pada Kaabah
Rindu pada Madinah.
Semoaga ia membawa rindu kepada Allah dan Rasulnya
Insya-Allah
Pertemuan sekali itu ibarat mengecas bateri keimanan dan kini saya merasakan bateri itu kian lemah.Ya, kian lemah.
Saya mencari-cari sesuatu yang boleh menyuburkan rasa rindu kepada Allah dan Rasulnya, lalu terjumpa petikan ini dalam sebuah buku.
'Perjalanan jamaah haji tidak sama dengan permusafiran yang selainnya, ia bukan sekadar perjalanan dengan jasad-jasad menuju ke Mekah, mengunjugni Kaabah, Bukit Arafah. Ia merupakan perjalanan rabbaniyah, perjalanan nuraniyah, perjalanan hati-hati dan roh menuju Yang Maha Penciptanya, memperkukuhkan hubungan dengannya, kesinambungan kekuatan, kehidupan, kebahagiaan dan bekal ketaqwaan merupakan sebaik-baik bekal'Haji sudah tentu berbeza dengan ibadah umrah. Walaupun saya tidak pernah melaluinya tetapi itu yang saya rasakan.
Rindu, rindu pada Rabb.
Semoga ia rindu membuah iman dan amalan.
Memasang niat untuk menyahut seruan Rukun Islam ke lima, moga Allah mengizinkan hamba-Nya ini.
AfNadz Hanif
27 September 2014
8:59 am
Tuesday, 8 July 2014
Syair Buat Pengantin
Trip to Cambodia
Melawat sekolah tahfiz, sekolah agama, dan menyampaikan sumbangan.
Menikmati sup daging masyarakat Champ yang sangat enak.
Tidur di rumah kampung masyarakat Champ.
![]() |
| Lepas makan sup daging kemboja, sedap! |
Tuesday, 20 May 2014
Walau sekecil usaha, teruskan!
'Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. ' ~ Az Zalzalah : 7
Juga jangan dibiar walau sekecil perkara. Kan Allah dah kata.
' Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.' ~ Az Zalzalah : 8
Selamat Hari Buruh.
Salam 1 Mei
Salam Rejab
Salam Rakyat Marhaen
(Salam 1 Mesia tak termasuk yer).
Kereta kena Clamp?
Saya nak juga share di sini.
***
14 Mei 2014,
Cerita lawak di pagi hari.
Isu akhir sem i***, kereta student clamp dan parking tak mencukupi akibat lambakan kereta dan bilangan parking tak mencukupi.
Dah bertahun rasanya...resolusi nampaknya tak berkesan kerana setiap tahun perkara yang sama berlaku.
Kena naik HEP, apa la prosedur nak tuntut semula kereta ni.
* gambar panas, baru 15 minit lepas kena clamp. - tiada gambar-
Setelah bertapa di HEP
Kes selesai, dikenakan amaran keras.
Bagi saya berurusan dengan HEP mudah jika jujur dan menjaga adab sebagai seorang pelajar.
Strateginya, berterus terang dan hubungkan silaturahim.
Sampaikan cadangan kita dan terima penjelasan mereka.
***
Tahniah ydp ******* kerana pantas take note kebajikan pelajar, meluangkan masa di HEP untuk 'menarik rambut dalam tepung'.
*Isu pelajar dah beli tiket flight awal dari tarikh cuti.
*Isu tempat parking dengan clamp.
Itulah isu setiap akhir sem. Tunggulah perkhabaran dari ydp sendiri.
***
Pahit untuk diakui, sebenarnya pelajar yang susah nak terima kenyataan yang tidak boleh balik awal.
Entah. Nak cari sudut tertindas tu tak jumpa la pulak. Jadi, titik mana yang perlu dikasihankan?
Cc: YDP
***
Kesimpulan, mahasiswa perlu cekap dalam menangani isu-isu di sekeliling mereka. Walaupun kecil perlu diselesaikan dengan baik. Hal ini kerana universiti adalah medan latihan untuk mahasiswa memimpin negara kelak.
Mahasiswa perlu cepat berfikir dan bertindak secara profesional dan waras. Mahasiswa adalah ahli akademik. Oleh itu, tingkah laku profesional harus ditunjukkan.
Mahasiswa Malaysia?
Mahasiswakah mahasiswa Malaysia? *tajuk forum yang tidak dapat saya hadiri.
Pendapat saya, mahasiswa Malaysia tahun 60-an pada zaman pasca-merdeka dahulu telah pun berperanan selaku mahasiswa, mahasiswa kini masih ke arah itu. ^.^
Menggalas tugas sebagai seorang pemimpin bukan mudah kerana dia akan menggalas tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ummah (masyarakat).
Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara.
Bertabahlah jika anda sedang memegang amanah itu!
Give and Take Dalam Kehidupan
Monday, 12 May 2014
Menulis jiwa saya
Dalam menyampaikan sesuatu mesej, saya lebih tertarik menggunakan aksara tulisan berbanding dengan lisan dan bunyian (muzik).
Mungkin berbeza dengan anda, dengan menulis saya merasakan saya dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan dengan lebih tersusun serta difahami oleh orang lain.
Namun begitu, kini masalahnya...melalui pembacaan, manusia mungkin boleh salah tafsir maksud penulis dan tidak dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh si penulis.
Salah satu cita-cita saya dahulu menjadi seorang penulis.
:)
Anda pula bagaimana?
Saturday, 10 May 2014
Penjenayah dalam Perjuangan!
Peringatan keras buat diri
Dalam "PERJUANGAN" pun ada "PENJENAYAH", jangan main-main...
Siapa dia??
Yang sengaja mari usrah lambat..
Yang malas mari mesyuarat..
Asal suruh mari program tarbiyah suka bagi alasan...
Asal diminta berkhidmat tak nampak muka..
Malas pergi majlis ilmu..
Dan banyak lagi..
Siapa ada ciri-ciri diatas, ketahuilah bahawa dia adalah "PENJENAYAH" dalam "PERJUANGAN"..
~quito : terima kasih ustz~ alhmdlh kena ketuk bru tengadah!!! Huhu
Thursday, 1 May 2014
Tetaplah, kebenaran pasti akan menang!
Sahabatku yang disayangi,
Ketahuilah bahawa kezaliman kadang-kadang memang mengambil masa yang panjang tetapi ia tidak akan kekal sama sekali.
Namun, kebenaran yang kadang-kadang lemah dan diberi tekanan tetapi pasti ia akan menang.
Pasti kebenaran akan menang!
Namun, persoalannya bila?
Hanya dalam pengetahuan Allah, jika tidak di dunia, di akhirat itu pasti.
Kita selaku hamba-Nya tetaplah di jalan Allah, memperjuangkan agama Islam, satu-satunya agama yang Allah redhai ini.
Tetaplah sehingga kemenangan milik kita.
Tetaplah sehingga hujung nyawa.
kerana,
KEBENARAN PASTI AKAN MENANG!
Catatan Motivasi Dakwah
Jika engkau malu dalam berdakwah,
Cukuplah malu dengan Usamah bin Zaid,
Menjadi Panglima Perang pada umur 19 tahun.
Di waktu mudamu,
Jika engkau malu dalam berdakwah,
Cukuplah malu dengan Muhammad Al-Fateh,
Menawan Constatinople pada umur 21 tahun.
Di waktu tuamu,
Jika engkau malu dalam berdakwah,
Cukuplah malu dengan Abu yyub Al-Ansari,
Berumur 70 tahun dalam usaha menawan Constatinople,
Lalu jasadnya disemadikan di hadapan pintu gerbang kota itu.
Isyarat dakwah tiada henti, tidak kira muda atau tua. Umat dahulu telah membuktikannya!
Ayuh wahai diriku, apa yang telah engkau sumbangkan untuk ummah?
