Alhamdulillah, akhirnya fasa intership selesai sudah minggu lepas.
Sekejap ja rasa.
Sebulan di sekolah (walaupun hanya 13 hari sebab banyak cuti jerebu) banyak pengalaman dan pengajaran yang saya faham dan mengerti.
Mengerti bermakna mengetahui dan memahami erti sesuatu, berbeza dengan sekadar tahu. Selalunya ia berdasarkan pengalaman yang pernah kita lalui.
Okey, lets start menceceh. Ini beberapa pengajaran yang saya dapat, real experience.
Perkara 1: Jadi guru mudah dapat pahala, mudah juga dapat dosa.
Kenapa mudah dapat dosa? Kita jumpa ramai orang. Kebanyakkan guru ialah perempuan, memang terjebaklah dengan perbuatan mengumpat. Mungkin kita tak mengeluarkan kata-kata, tetapi kita mempunyai telinga untuk mendengar segalanya. Hahaha. Kira sama la tu mengumpat.
Oh saya tidak suka situasi itu, rasa bersalah menghantui diri. Elakkan terlibat dalam program mengumpat dan mengata orang okey semua. Kalau tak suka, tak perlu cakap, diamkan dan lupakan terus.
Perkara 2: Berhati-hati jika berkata-kata (memberi komen/kritikan)
Ha, ini memang kelakar. Kita bercakap memang best, siap kutuk sebat semua. Tapi kita tak sedar yang orang yang kita kutuk sebat tu ada kena mengena dengan orang yang kita sembang. Tak baik tau kecilkan hati orang.
Apa perasaan kita bila ada orang kutuk sebat sedara mara kita atau orang yang kita kenal. Mesti rasa tak best kan? So, hati-hati la yea. Saya sendiri mengalaminya, sedih la.
Sebab, cikgu tu yang kutuk sebat murid!
Aigo, sebagai guru, elakkan bercerita kelemahan murid, aib murid kita kena jaga juga. Its normal lah kalau budak-budak buat salah, lemah ke, kan mereka masih dalam proses belajar. Tugas guru ialah sabar dan terus layan serta bentuk murid. Kot tetiba murid dah pandai, cikgu tak perlu ada la dalam dunia ni.
Pedoman ni saya dapat dari seorang pensyarah masa di IPG, lovely ustazah. Dia sangat menjaga aib dan kelemahan kami sebagai seorang pelajar. Ya kami lemah dan banyak 'nakal' masa praktikal, dia tak cerita pun kat rakan pensyarah lain. Walaupun kesalahan tu boleh kena penalti dah la, dia bagi peluang untuk baiki diri. Lastly, kami sedar sendiri dan buat sebaik mungkin. Sampai sekarang rahsia tinggal rahsia. Ehe.
*kami di sini merujuk kepada saya dan kawan saya yang melalui peristiwa bersama.
Perkara 3: Lain tempat lain gaya, mesti fahami itu!
Berada di suatu tempat baharu, kita mesti fahami yang mereka mempunyai budaya mereka sendiri yang telah diamalkan berkurun lama (nak tunjuk betapa lamanya amalan budaya itu). Macam-macam style ada dari sekecil-kecil budaya hingga sebesar-besar budaya pun ada.
Kat sini saya ada silap sikit, saya lupa nak tanya beberapa perkara yang biasa warga sekolah amalkan. Haha, buat macam sekolah sendiri kau. Dah la tak tanya, bajet nak memerhati je untuk faham, last2 tak cukup masa nak perati.
Its okey, next school kita tanya macam-macam okey.
Contoh soalan. cikgu boleh balik pukul berapa? hadir ke sekolah ada masa yang ditetapkan tak? kokurikulum hari apa? jadual kedatangan siapa yang bertanggungjawab, guru kelas atau guru masa pertama? tulis tarikh, hari macamna? Gunakan mentor dan guru pembimbing sebaiknya, tanya berdas-berdas.
Perkara 4: Lapangkan telinga, rapatkan mulut.
First yang kita kena tahu cikgu nature dia suka bercakap, banyak cerita. Tambah-tambah kita cikgu baru, memang banyak la cerita dan pengalaman yang mereka nak kongsi. Jadi tugas sebagai guru baru, lapangkan telinga dan rapatkan mulut. Dengar pengalaman depa, takyah sampuk sangat, angguk dan senyum. Bagi saya, angguk dan senyum bukan tanda kita setuju dengan apa yang dikatakan, cuma sebagai tanda kita mendengar apa yang dia katakan. Kalau kita cakap banyak, itu semacam mahu tunjuk hebat la dengan mereka yang berpengalaman.
Kalau depa tanya, baru jawab okey. Sabar ja.
Takpa, dengar ja, mereka mahu mengenali kamu juga mengenalkan diri mereka kepada kamu.
Kadangkala untuk bina hubungan, kita bukan perlu banyak bercakap, hanya perlu banyak mendengar.
Perkara 5: Bergaul dengan semua orang
Biarpun sekolah tu ada banyak 'blok' means click or kumpulan. Samada kumpulan GB atau kumpulan cikgu ke, biarkan, jangan join yea. Jadilah berkecuali, boleh bergaul dan bekerjasama dengan semua orang.
Kita buat kerja kita, jangan sibuk judge orang sana salah, orang sini betul. Ok.
Perkara 6: Bukan mudah menjadi pentadbir.
Sepanjang jadi guru pelatih, banyak dah sekolah saya pergi. Ajaibnya, semua sekolah punya pentadbir dapat komplain dari guru. Haha. Selaku guru pelatih, saya tak masuk campur masalah guru dengan pentadbir, just dengar gitu jah. Sebab kami kena baik dengan pentadbir, nak bagi markah nanti, kahkah.
Ada beberapa perkara yang naik saya pesan kepada diri sendiri bila lihat situasi ini, untuk pedoman hari esok bila jadi guru betul-betul punya.
Bukan mudah menjadi pentadbir, jadi kita as orang bawah, jangan mudah men'judge' dan memberi komen kepada segala macam tindakan pentadbir. Hal ini kerana (ayat karangan sudah bermula) mereka ibarat helang yang melihat secara luas, dan kita sebagai ayam di tanah rata. Pandangan ayam terhad.
Mungkin ada perkara yang kita tidak tahu, dan mereka telah memilih jalan yang sebaiknya.
Mungkin pentadbir ada membuat silap, ya maafkan saja kerana mereka juga baru menjadi pentadbir, masih dalam proses belajar. Tugas kita hanya beri nasihat atau memberi cadangan supaya situasi menjadi lebih baik. Kenali sendiri pentadbir bukan dengan kaca mata dan pandangan orang lain.
Do not comment but say a wish.
Amalan menghormati penting dengan pentadbir. Mereka layak di tempat mereka, beri mereka peluang untuk jalankan tugas dengan baik. Buang sikap buruk sangka dan perasaan diri anda sahaja yang betul dan layak untuk segala-galanya. Huh.
Perkara 7: Jika tidak puas hati, bersabarlah.
Tak guna kalau tak puas hati, lepas tu pergi menjaja cerita. Mungkin kita ada silap juga, jangan jaja silap diri sendiri. First things first before nak baiki situasi, admit your mistake. Jangan salahkan orang, baiki silap kita.
Rendahkan hati. Kita tak perlu cakap tapi hanya perlu buat.
Cara nak rendahkan hati (secara batin) kita rendahkan kepala secara zahirnya. Itu yang saya buat la, sebab bila kita rendahkan pandangan/kepala, kita akan lihat tanah dimana kita berpijak. Diri kita di tanah, bukan di langit, mengapa mahu bersifat seperti makhluk langit?
Ingat, Allah itu Maha Adil. Tiada yang zalim di dunia ini. Jika tertindas, mahkamah akhirat menanti, kita tidak pernah rugi. Insya-Allah.
Okey tamat 7 tips internship cikgu.
Thanks baca cerita mengarut ini.
Selamat berinternship dan menjadi guru baik.
*pesanan: hanya dalam fikiran penulis, tiada kena mengena dengan hidup atau mati.
'Satu peluru hanya mampu menembusi satu kepala, namun satu tulisan mampu menembusi ribuan malah jutaan kepala...' -Syed Qutb. Maka, tulislah kalian demi agamamu. Bismillah, bermulalah tulisan saya.
murabbitun
Showing posts with label CERITA. Show all posts
Showing posts with label CERITA. Show all posts
Monday, 26 October 2015
Tuesday, 28 July 2015
Cecerita kajian tindakan
Cecerita kajian tindakan guru pelatih sem 8.
Sepanjang minggu ini bermula hari Isnin lepas, saya ke sekolah untuk berjumpa dengan subjek kajian (intervensi) dan mengumpul data. Jangka masa seminggu kalau ikut logik memang tak sempatlah.
Kajian tindakan saya berkaitan penggunaan audio dalam meningkatkan kemahiran hafazan al-Quran. Saya pilih Surah al-'Adiyat dan subjek kajian murid Tahun 4. (panjang ceritanya mengapa saya pilih surah ini, tak larat nak tulis)
***
Pagi ini, selepas intervensi fasa kedua saya jalankan, sengaja saya pasangkan lagu Kun Anta walaupun tidak termasuk dalam perancangan kajian, atas permintaan murid.
Haha. Mereka hafal lagu Kun Anta yang berlirik Arab tu. Siap nyanyi dengan gembira lagi. Paling memeranjatkan, ada salah seorang subjek kajian menyanyi dengan sebutan yang betul, huruf yang dia sebut tepat!
Padahal tadi suruh hafaz surah dia la paling merisaukan, asyik tersalah sebut kalimah aje. 😅
***
<Awak semua tahu dan hafal ke lagu Kun Anta?
>Hafal!
<Awak tengok ke lirik dia yang Arab tu, ke dengar je kat radio?
>Tengok jugak..
Kesimpulannya, saya rasa kajian saya ni tak perlu dikaji-kaji lagi sebab murid memang boleh ingat dan hafal bila mendengar audio selalu.
Kun Anta senang nak hafal, apatah lagi Surah al-' Adiyat yang sebelas ayat itu.
*Saya guna audio qari al-Afasi, sedap suara ustaz dari penyanyi Kun Anta sapa tah nama dia~
*esok takyah pergi sekolah dah. Hoho.
AfNadz Hanif
29.7.15
9.00 am

Sunday, 5 July 2015
Hambatan Masa
PENGURUSAN MASA BUDAK-BUDAK
2005 ketika saya di Tingkatan 1, saya belajar teori dan
praktikal tentang pengurusan masa. Guru pertama saya ialah mama saya.
Memasuki sekolah berasrama memang merisaukan saya kerana
semua perkara perlu diurus sendiri. Saya tidak mahu didenda sebab lambat,
tambahan pula di minggu orientasi dan saya memang tidak suka dimarahi. Jadi,
saya perlu lakukan sesuatu.
Merisaukan lagi apabila melihat para senior yang baik-baik
belaka, stail macam ustazah dah walaupun baru berada di Senawi 2 dan 3. Takut
dan menyegani mereka.
Teringat perbualan ringkas bersama mama tika itu memberikan
beberapa tips ringkas untuk menguruskan masa dengan baik di peringkat
permulaan.
'Singkatkan masa makan..'
'Gosok baju dengan cepat, kau gosok baju mama tengok
lambat..'
'Jangan lama-lama dekat toilet..'
Seminggu berorientasi, saya aplikasikan 3 tips dengan
sebaiknya.
Selesai riadah jam 6 petang, saya pastikan saya akan berada
di barisan hadapan semasa beratur mengambil makanan di dewan selera dan saya
makan cepat-cepat. Tak pandang kiri kanan dah.
Selesai makan, terus bangun mengambil baldi dan ke tandas
untuk membersihkan diri. Fuhh, peluh jangan cakap, makanan pun tidak sempat
hadam rasanya. Kami dikehendaki untuk ke musolla jam 7 petang. Hanya dalam masa
1 jam saya perlu selesaikan semuanya, bersesak dengan penghuni asrama yang lain
dan saya baru mengenal kehidupan asrama! Mujur ada kakak dorm yang membantu.
Paling mengecewakan, selepas mandi pun masih berpeluh. Mandi
peluh pula.
Selesai mengurus diri, pergi musolla. Kalau cepat, bahagia.
Kalau selalu lewat, nama diambil dan akan di'aim' sebagai budak yang selalu
pergi musolla lambat. Habislah dunia selepas itu...
***
KINI
Saya dihambat masa kini. Akibat beberapa perubahan
kurikulum, beberapa perancangan akademik dirombak semula. Semuanya diawalkan.
Paling merunsingkan kepala ialah AR yang perlu diselesaikan dalam masa lebih
kurang 2 bulan dan masih banyak yang tidak selesai. Segalanya mahu segera kini.
Dalam merancang kembali pengurusan masa saya di semester
ini, terimbas kembali kisah pembelajaran pertama saya tentang pengurusan masa.
Manis terasa betapa saya cuba merealisasikan tips mama walaupun kadangkala
tergelincir juga.
***
MAMA BAGI TIPS LAGI
Saya yakin sahabat lain juga dihambat masa. Walau apa jua
dateline yang dikejar, bersabarlah dan teruskan dengan fokus kita. Bak kata
mama, 'buat perlahan-lahan, nanti siaplah.'
Untuk kali ini, mama beri tips juga kepada saya.
'Pukul 11 malam tidur dan bangun pukul 4 pagi. Dapat satu
jam setengah pukul 4 sampai 5.30 ok dah tu untuk buat tugasan. Idea waktu tu
memang bernas...'
Saya senyum sahaja, memang stail mama macam tu. Tidur awal
dan bangun awal. Moga saya gigih merealisasikan tips mama temph hari
sebagaimana saya gigih merealisasikan tips waktu Tingkatan 1 dahulu. Hoyeah!
Buat masa sekarang, apa yang saya pasakkan dalam kepala saya
ialah masa bukan milik saya, saya tiada masa dan saya tidak boleh buang masa
dengan duduk tanpa berbuat apa-apa. Itu tips dari saya. Haha. Sekian.
***Tidak tahu mengapa setiap kali saya ada banyak kerja,
pada masa itulah idea dan semangat untuk menulis datang macam hujan.
Layankanlah, rasa rugi bila idea ada tetapi tidak dicoret. Terima kasih ziarah blog
ngok ngek saya.
AfNadz Hanif
6.7.15
10.00 am
AfNadz Hanif
6.7.15
10.00 am
Saturday, 20 June 2015
Perlabuhan impian
Cuti pertengahan semester masih berbaki sehari lagi sebelum mula kuliah lusa. Aku masih mengira-ngira sejumlah bakti yang telah dilunaskan semasa cuti ini. Juga memasang impian untuk melakukan itu dan ini. Namun, semuanya sekadar sahaja, tiada yang dapat aku banggakan.
Cuti kali ini, aku maksimumkan tenagaku untuk menunaikan tanggungjawab sebagai anak sulung. Seperti gadis lain, mengemas, memasak (lebih tepat tolong masak), menyusun, ambil adik kelas tambahan, menziarahi nenek atuk, bantu menjaga maksu berpantang, bergurau dengan adik, berceloteh dan ketawa sepuasnya.
Tidak lupa juga, membeli buku dan baca buku. Kesukaan.
Juga, menghadiri beberapa mesyuarat program hujung tahun ini dan menepati tuntutan janji gerak kerja yang telah aku ikrarkan dahulu.
Itu yang sempat aku buat.
Yang sedang aku buat, menyusun diri dalam bulan Ramadhan ini. Seringkali binaan diri yang aku susun, aku yang robohkan semula. Lelah menyusunnya kembali. Teruskan usaha, kata azimat.
Impian yang tidak sempat aku laksanakan, banyak.
Menulis nota di ruangan untuk adik-adik di kampus yang bakal aku tinggalkan. Masa yang bersisa 5 bulan bersama mana mungkin dapat aku lisankan semuanya. Jadi ruangan ini ingin sekali aku selitkan bait kata buat mereka. Tapi ia masih sekadar impian. Usahanya belum, insya-Allah. Kerna sayangkan mereka akan aku tulis juga.
Juga merakam satu muhasabah akibat kemelut yang melanda. Juga di sini ruangan yang sering aku tinggal sepi.
Menghabiskan bacaan buku-buku.
Menghadiri kuliah mingguan.
Mencari pengisian.
***
Jangan ditanya mengapa impian begitu banyak tidak ditunaikan. Aku pun tak pasti mengapa berani mencipta angan namun usahanya ke laut. Cuti telah sampai ke perlabuhannya, namun impian itu masih ada perlabuhan lain yang sedang menanti. Keep moving foward!
AfNadz Hanif
20.6.15
4.01 pm
Friday, 12 June 2015
Patah Tumbuh Hilang Berganti
Entri ini saya nukilkan sebelum melelapkan mata. Terasa ingin berkongsi meluah rasa.
***
Saya sayang anak usrah aka adik usrah saya, sahabat-sahabat saya.
Meluangkan masa dengan mereka adalah perkara yang jarang dapat saya buat lantaran dek kesempitan masa dan tuntutan kerja. Adakah itu alasan semata? Mereka juga amanah untuk saya.
Hari ini saya meluangkan masa dengan mereka, mendengar mereka bercerita, bercakap dan bertanya soalan. Sesuatu yang mereka tak tahu ialah saya sentiasa 'memerhati' semasa mereka berceloteh. Manisnya senyuman, halus perwatakkan, matangnya hujah dan celiknya pemikiran.
Mereka sudah menginjak dewasa rupanya.
***
Kadang-kadang kehilangan sesuatu membuatkan kita nampak apa yang kita masih ada. Mungkin sebab itu Allah menciptakan kematian dan kehilangan kerana untuk kita merasa yang Allah saja yang kita ada, bukan manusiawi atau duniawi.
Pernikahan sahabat baik tempoh hari menggembirakan saya. Tulus hati berat untuk melepaskan, namun mesti wali dan keluarganya lebih berat untuk melepaskan dia. Sebagai sahabat saya takut dia hilang dari saya.
Setelah difikirkan kembali, pernikahan itu menyambung silaturahmi, bukan memutuskan persaudaraan. Juga harapan saya melihat dia bahagia dan moga saya jumpa dia di syurga nanti. (sebab lepas dia kawen dah tak boleh nak 'ngok ngek ngok ngek' sama sama sukahati bila2 masa). Jadi, redha dan bergembira.
Selepas 'pemergian' dia, baru saya sedar dengan jelas dan terang yang saya punya ramai sahabat serta teman lain yang sentiasa ada untuk saya. Betapa cuainya saya sebelum ini. Saya tidak menghargai kehadiran mereka dengan baik.
Sekarang saya cuba untuk jadi lebih baik untuk mereka sahabat dan keluarga. Masa yang berbaki perlu digunakan sebaiknya. Tahun terakhir di kampus harus dimanfaatkan untuk mengumpul memori bersama mereka buat penawar rindu kelak. Ada yang bakal pulang ke Borneo, hanya 2 orang di negeri yang sama. Sahabat kita boleh berjumpa kembali? Tiada jaminan.
Saksikan sahabat, aku kasih padamu. (walaupun korang macam tak percayakan bila aku cakap macamni)
***
Kehilangan itu akan digantikan dengan yang lebih baik. Bergembiralah jika anda kehilangan.
Patah tumbuh, hilang berganti.
Kerana Allah Maha Baik, tidak sekali zalim kepada hambanya.
AfNadz Hanif
13 Jun 2015
1.05 pagi

Monday, 12 January 2015
Buat peminat dan pembenci novel!
I dont like maharaja lawak mega.
So what!
***
Novel atau buku cerita.
Yang penting ada cerita, tak kisah la tebal mana pun.
Tanggapan orang kepada peminat pembaca novel, ----> kuat
berangan, kuat berangan, kuat berangan, kuat berangan. Haha.
Sebab ape? Sebab cerita tu rekaan penulis je, cerita tu
melebih sangat, mana ada cerita macam tu. Dapat pulak kalau baca novel cinta,
habis kena boikot. Huu.
Pendapat saya, takla seteruk tu, okeylah lagi dari sesapa
yang suka sangat tengok MLM. *.*
Okey, cik abang, cik adik, cik kakak, meh baca ni.
***
Dengan baca cerita (sekali lagi tak kisah buku apa, novel
ke, janji ada cerita k, dalam buku ilmiah motivasi pun ada cerita yang diselitkan-chicken
soup ke, who remove my cheese, muslim pro, suami aku ustaz ke, majalah kuntum
ke, mastika ke)
kadang-kadang ia boleh buat kita mengubah persepsi kita
terhadap sesuatu perkara,
tanggapan terhadap sesuatu perkara,
membuat kita menukar gaya pemikiran kita, cara kita
berfikir,
sama ada perkara besar atau kecil.
'Oh, ada juga orang macam ni kat dunia ni...'
'Baru aku tahu...'
Semua tu tanda yang kita sedang mula memperbaharui sisi
pandang kita dalam kehidupan. *senyum sikek.
Dalam masa yang sama, kita belajar dari pengalaman watak
dalam cerita tersebut...
Bagaimana dia mengambil tindakan bila terjadinya sesuatu
masalah atau perkara...
Kesan dan akibat apabila langkah itu diambil...
Reaksi watak apabila ia berlaku...dan banyak lagi.
Semua tu kalau kita baca bukan sekadar baca, kita akan
dapat.
Mungkin juga boleh terkesan dengan 'jiwa' watak tersebut
walaupun ia hanya sekadar watak hitam putih di dada kertas. (ayat drama queen)
Mencontohi tingkah lakunya, perwatakkannya, (selalu watak
hero/heroin dalam cerita kan sempurna 'sangat').
'Baiknya, dia maafkan macam tu jekkk...'
'Panjangnya doa dia (Aisya Yusro) saja dua page...'
'Jahatnya...mana aci buat camtu...'
Semua tu buat kita berfikir. Takla lesu otak tengok MLM,
juri pun tak faham diorang buat story apa, haha.
Lagi,
Semestinya kita akan dapat banyak info dari cerita tu, sama
ada dari latar tempat (ooo baru tahu pulau nami tu kat korea), nama watak untuk
buat stok nama anak cucu nanti (umar al banna, adam dan hawani) atau sejarah
yang diimbas kembali, paling tidak, ayat puitis, sajak nanti nak bagi masa
bufday kawan, dan perkataan yang korang selalu guna tulah, HACKS and wat
ever...erk. (Novel Ustazah Fatimah Syarha banyak ilmu fiqh boleh baca, belajar
ekspress. Hee)
Info la tu, berguna la dalam hidup ni, paling paling bila
orang tanya takla dapat markah F.
Ye, memang cerita tu khayalan penulis je, ada yang mungkin
benar tapi tak logik, tapi mana korang tahu dalam dunia ini (termasuk semua
planet dalam galaksi Milky Way dan teleskop tempat yang NASA belum teroka lagi,
dulu dan esok esok), confirm ke takda makhluk yang lalui pengalaman macam tu?
Ha, kan?
Fikir, lagi satu, nothing imposible kalau Allah nak, kan?
Idea penulis tu Allah yang bagi jugak.
So, jangan pandang sebelah mata je dengan buku cerita.
Mentang mentang korang baca tesis, buat rujukan bagai, ilmiah la konon, baru 10
minit baca dah mengucap, lepas esok buat discussion lupa. Haha. Gurau je bro
sis~
Ingat, baca apa pun, takkan rugi, sebab wahyu pertamakan
diperintahkan membaca. Surah al-Alaq, Iqra'... *senyum sikek.
P:S - baca baca pun, tolong pilih penulis ye, jangan terbaca
benda songsangkan akidah dan boleh menguningkan otak anda. Ok?
Contoh buku yang boleh baca banyak, senang je, pergi kedai
buku, tengokla. Rerajin ziarah dan berkawan dengan buku, moga terpalit
dakwatnya. Eh.
***
Kesimpulannya, end of the story yang tak sebarapa malam ni
sebab mata tak mengantuk dan takdapat membebel, jadi inilah dia keyboard
warrior, haha.
Rumusannya, manusia dan membaca berpisah tiada.
Buku yang terbaik untuk dibaca ialah
al-Kitab-al-Furqan---> al Quran.
Sebaik mana watak dalam cerita tu, pastinya dia tidak dapat
,menandingi baik tingkah laku dan solehnya Nabi kita, Nabi Muhammad.
Tertib dan tersusun bait kata dan plot cerita, baik lagi
gaya bahasa dan plot cerita Allah dalam al Quran dan kehidupan kita.
Banyak pengajaran ke, banyak lagi pengajaran dalam al Quran
dan Sirah nabi.
Jadi, banyakkan membaca juga berfikir. Sebab tu bila baca al
Quran kena baca terjemahan. Kalau tak biasa, baca terjemahan dulu baru baca
Arab dia..hoo.
***
Itu je pesan saya sempena esok 12 Rabiul Awal 1436H.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wa ashabihi
ajmain wa man tabia'hu ila yaumiddin.
***
Kritikan dan komen membina dialukan, terima kasih sudi baca
sampai habis. Sob..sob,
AfNadz Hanif
3 Januari 2015
1.20 pagi
Tuesday, 20 May 2014
Give and Take Dalam Kehidupan
Hari ni kita di ajak ke kenduri dia, esok-esok kita ajak dia
datang kenduri kita.
Hari ni kita pergi program dia, esok-esok dia datang program
kita.
Kalau bukan dia yang datang sekali pun, keturunan dia.
***
Give and take dalam kehidupan.
Kita yakin Allah Maha Adil,
Jadi kita tidak akan risau akan rezeki dan kepunyaan kita,
Allah akan beri.
Kalau bukan sekarang, mungkin minggu depan, bulan depan atau anak-anak kita yang dapat.
Jangan resah, Allah ada.
InsyaAllah.
Yakinlah pada janji Allah.
***
Memenuhi jemputan orang mukmin dapat pahala, menunaikan
permintaannya dan menggembirakan hatinya.
Alangkah ajaibnya perihal orang mukmin.
Sunday, 9 March 2014
Tarbiyah husno-zon dari seekor kucing!
Kelmarin, saya sedikit kalut dan bergegas-gegas mahu ke surau bersama rumate kami mahu ikut sama berjemaah dengan imam. Iqamat masjid berhampiran sudah berkumandang, tanda memang lewat sangat dah ni!
Saya dengan gembira buka pintu.
Haaaaa....eee..
Tutup pintu semula.
Ada sesuatu di muka pintu.
Tadaaaa~~
''Sedompok muntah kucing di atas karpet lap kaki kami''
Rumate saya terjerit dan hampir muntah..uwekk..uwekk.
Saya steady je, terdiam sebab geli.
Dalam hati,
'Aduhai kucing, kami lewat dah ni, masa ni lah kau nak muntah...'
Proses pembersihan segera kami lakukan walaupun tahu pasti terlepas jemaah dengan imam kalau bersihkan muntah sekarang. Sebab kalau dibiarkan muntah akan jadi masam dan lagi kami tak sanggup hendak bersihkan. Sementara fresh, baik bersihkan. Lagipun ianya najis, perlu dibersihkan segera. Tidak mengapa boleh solat jemaah dalam bilik.
Kucing tu duduk elok depan bilik sambil memerhati kami bersihkan muntah.
Selesai.
***
Tidak timbul isu kejar dan rembat kucing sebab muntah depan pintu. Membebel pun takda. Husnu-zon betul dengan kucing. Mungkin sebab kucing buat muka kasihan. Kami pula jadikan peristiwa ini sebagai hiburan, gelak-gelak lagi masa bersihkan.
Saya terfikir mengapa kucing tersebut muntah betul-betul hadapan pintu bilik kami.
Fikir punya fikir. Dapatlah beberapa kesimpulan,
Idea yang dua terakhir tu boleh terima. Baik sangka betul.
Dan,
idea yang rasanya paling boleh diterima,
Terima kasih kucing. Mengajar kami banyak perkara disebalik suatu peristiwa. Melihat kekurangan diri sendiri sebelum menuding salah kepada pihak lain.

-'Agaknya dia demam, tidak larat hendak ke tempat lain...'
-'Port yang best kot...'
-'Allah nak suruh kita basuh karpet lap kaki ni...' (ini rumate punya idea sentap punya)
-'Kucing tu tahu kalau dia muntah kat tempat lain mesti tiada sesiapa nak bersihkan, kalau muntah kat tanah ke, tandas ke, mesti kitorang tak bersihkan, tunggu cleaner datang...jadi dia muntah betul-betul depan pintu kita...haha'
Idea yang dua terakhir tu boleh terima. Baik sangka betul.
Dan,
idea yang rasanya paling boleh diterima,
'...lap kaki kita tu busuk sangat kot, kucing bau kat situ pun sampai boleh termuntah'
Terima kasih kucing. Mengajar kami banyak perkara disebalik suatu peristiwa. Melihat kekurangan diri sendiri sebelum menuding salah kepada pihak lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)