murabbitun

murabbitun
Showing posts with label INSPIRASI. Show all posts
Showing posts with label INSPIRASI. Show all posts

Sunday, 5 July 2015

Hambatan Masa

PENGURUSAN MASA BUDAK-BUDAK
2005 ketika saya di Tingkatan 1, saya belajar teori dan praktikal tentang pengurusan masa. Guru pertama saya ialah mama saya.
Memasuki sekolah berasrama memang merisaukan saya kerana semua perkara perlu diurus sendiri. Saya tidak mahu didenda sebab lambat, tambahan pula di minggu orientasi dan saya memang tidak suka dimarahi. Jadi, saya perlu lakukan sesuatu.
Merisaukan lagi apabila melihat para senior yang baik-baik belaka, stail macam ustazah dah walaupun baru berada di Senawi 2 dan 3. Takut dan menyegani mereka.
Teringat perbualan ringkas bersama mama tika itu memberikan beberapa tips ringkas untuk menguruskan masa dengan baik di peringkat permulaan.
'Singkatkan masa makan..'
'Gosok baju dengan cepat, kau gosok baju mama tengok lambat..'
'Jangan lama-lama dekat toilet..'
Seminggu berorientasi, saya aplikasikan 3 tips dengan sebaiknya.
Selesai riadah jam 6 petang, saya pastikan saya akan berada di barisan hadapan semasa beratur mengambil makanan di dewan selera dan saya makan cepat-cepat. Tak pandang kiri kanan dah.
Selesai makan, terus bangun mengambil baldi dan ke tandas untuk membersihkan diri. Fuhh, peluh jangan cakap, makanan pun tidak sempat hadam rasanya. Kami dikehendaki untuk ke musolla jam 7 petang. Hanya dalam masa 1 jam saya perlu selesaikan semuanya, bersesak dengan penghuni asrama yang lain dan saya baru mengenal kehidupan asrama! Mujur ada kakak dorm yang membantu.
Paling mengecewakan, selepas mandi pun masih berpeluh. Mandi peluh pula.
Selesai mengurus diri, pergi musolla. Kalau cepat, bahagia. Kalau selalu lewat, nama diambil dan akan di'aim' sebagai budak yang selalu pergi musolla lambat. Habislah dunia selepas itu...
***
KINI
Saya dihambat masa kini. Akibat beberapa perubahan kurikulum, beberapa perancangan akademik dirombak semula. Semuanya diawalkan. Paling merunsingkan kepala ialah AR yang perlu diselesaikan dalam masa lebih kurang 2 bulan dan masih banyak yang tidak selesai. Segalanya mahu segera kini.
Dalam merancang kembali pengurusan masa saya di semester ini, terimbas kembali kisah pembelajaran pertama saya tentang pengurusan masa. Manis terasa betapa saya cuba merealisasikan tips mama walaupun kadangkala tergelincir juga.
***
MAMA BAGI TIPS LAGI
Saya yakin sahabat lain juga dihambat masa. Walau apa jua dateline yang dikejar, bersabarlah dan teruskan dengan fokus kita. Bak kata mama, 'buat perlahan-lahan, nanti siaplah.'
Untuk kali ini, mama beri tips juga kepada saya.
'Pukul 11 malam tidur dan bangun pukul 4 pagi. Dapat satu jam setengah pukul 4 sampai 5.30 ok dah tu untuk buat tugasan. Idea waktu tu memang bernas...'
Saya senyum sahaja, memang stail mama macam tu. Tidur awal dan bangun awal. Moga saya gigih merealisasikan tips mama temph hari sebagaimana saya gigih merealisasikan tips waktu Tingkatan 1 dahulu. Hoyeah!
Buat masa sekarang, apa yang saya pasakkan dalam kepala saya ialah masa bukan milik saya, saya tiada masa dan saya tidak boleh buang masa dengan duduk tanpa berbuat apa-apa. Itu tips dari saya. Haha. Sekian.

***Tidak tahu mengapa setiap kali saya ada banyak kerja, pada masa itulah idea dan semangat untuk menulis datang macam hujan. Layankanlah, rasa rugi bila idea ada tetapi tidak dicoret. Terima kasih ziarah blog ngok ngek saya.

AfNadz Hanif
6.7.15
10.00 am

Tuesday, 8 July 2014

Syair Buat Pengantin

Mari hayati pesanan isteri 'Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."


Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:


Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.


Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada 'dua bahagian muka syiling'. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Tuesday, 20 May 2014

Kereta kena Clamp?

Isu ini pasti biasa bagi seorang mahasiswa di universiti.
Saya nak juga share di sini.

***


14 Mei 2014,

Cerita lawak di pagi hari. 

Isu akhir sem i***, kereta student clamp dan parking tak mencukupi akibat lambakan kereta dan bilangan parking tak mencukupi. 

Dah bertahun rasanya...resolusi nampaknya tak berkesan kerana setiap tahun perkara yang sama berlaku.

Kena naik HEP, apa la prosedur nak tuntut semula kereta ni.

* gambar panas, baru 15 minit lepas kena clamp. - tiada gambar-



Setelah bertapa di HEP

Kes selesai, dikenakan amaran keras. 

Bagi saya berurusan dengan HEP mudah jika jujur dan menjaga adab sebagai seorang pelajar. 

Strateginya, berterus terang dan hubungkan silaturahim.

Sampaikan cadangan kita dan terima penjelasan mereka.

***

Tahniah ydp ******* kerana pantas take note kebajikan pelajar, meluangkan masa di HEP untuk 'menarik rambut dalam tepung'.

*Isu pelajar dah beli tiket flight awal dari tarikh cuti.
*Isu tempat parking dengan clamp.

Itulah isu setiap akhir sem. Tunggulah perkhabaran dari ydp sendiri.

***
Pahit untuk diakui, sebenarnya pelajar yang susah nak terima kenyataan yang tidak boleh balik awal.

Entah. Nak cari sudut tertindas tu tak jumpa la pulak. Jadi, titik mana yang perlu dikasihankan?

Cc: YDP


***

Kesimpulan, mahasiswa perlu cekap dalam menangani isu-isu di sekeliling mereka. Walaupun kecil perlu diselesaikan dengan baik. Hal ini kerana universiti adalah medan latihan untuk mahasiswa memimpin negara kelak. 

Mahasiswa perlu cepat berfikir dan bertindak secara profesional dan waras. Mahasiswa adalah ahli akademik. Oleh itu, tingkah laku profesional harus ditunjukkan.

Mahasiswa Malaysia?

Mahasiswakah mahasiswa Malaysia? *tajuk forum yang tidak dapat saya hadiri. 


Pendapat saya, mahasiswa Malaysia tahun 60-an pada zaman pasca-merdeka dahulu telah pun berperanan selaku mahasiswa, mahasiswa kini masih ke arah itu. ^.^

Menggalas tugas sebagai seorang pemimpin bukan mudah kerana dia akan menggalas tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ummah (masyarakat). 
Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. 

Bertabahlah jika anda sedang memegang amanah itu!



Monday, 12 May 2014

Menulis jiwa saya

Dalam menyampaikan sesuatu mesej, saya lebih tertarik menggunakan aksara tulisan berbanding dengan lisan dan bunyian (muzik).

Mungkin berbeza dengan anda, dengan menulis saya merasakan saya dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan dengan lebih tersusun serta difahami oleh orang lain.

Namun begitu, kini masalahnya...melalui pembacaan, manusia mungkin boleh salah tafsir maksud penulis dan tidak dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh si penulis.

Salah satu cita-cita saya dahulu menjadi seorang penulis.
:)

Anda pula bagaimana?

Thursday, 1 May 2014

Tetaplah, kebenaran pasti akan menang!

Perjuangan hari ini bukan lagi untuk mencari kebenaran tetapi perjuangan hari ini adalah perjuangan  untuk mengangkat kebenaran dan meletakkannya di tempatnya.


Sahabatku yang disayangi,

Ketahuilah bahawa kezaliman kadang-kadang memang mengambil masa yang panjang tetapi ia tidak akan kekal sama sekali.

Namun, kebenaran yang kadang-kadang lemah dan diberi tekanan tetapi pasti ia akan menang.

Pasti kebenaran akan menang!

Namun, persoalannya bila?
Hanya dalam pengetahuan Allah, jika tidak di dunia, di akhirat itu pasti.

Kita selaku hamba-Nya tetaplah di jalan Allah, memperjuangkan agama Islam, satu-satunya agama yang Allah redhai ini.

 Tetaplah sehingga kemenangan milik kita.

Tetaplah sehingga hujung nyawa.

kerana,

KEBENARAN PASTI AKAN MENANG!


Surah Muhammad, Ayat 7

Ya ayyuhallazina aamanu intansurullaha yansurkum wayuthabbit aqdaamakum.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

O you who believe! If you will aid (the cause of Allah), He will aid you, and plant your feet firmly.



Tuesday, 11 March 2014

Hargai Insan Disekeliling

Perlu sedar bahawa setiap orang disekeliling kita berusaha menjadi yang terbaik.
Kerana fitrah manusia mahukan kebaikan, tidak mahu yang sebaliknya.

Ibu bapa
Kawan
Guru
Jiran
Acik kafe
dll

Hargai mereka!
Hargai usaha mereka utk cuba buat yg terbaik.

Jika mereka melakukan kesalahan, 
Atau melakukan sesuatu yang tidak kita sukai
Pertamanya, 
Belajar untuk tenang terlebih dahulu
Kemudian, fikir dan cuba faham
Mengapa mereka bertindak sebegitu
Tanya mereka 

Boleh jadi, 
Mungkin minda kita yang tidak mampu capai apa yang mereka fikirkan
Boleh jadi, 
Mungkin juga tindakan mereka memang salah.

Oleh itu, kita semak dan siasat terlebih dahulu.
Elakkan terus 'menembak' mereka
Andaikan kita di situasi mereka
Kita juga tidak ingin diperlakukan begitu.

***

Antara perkara yang boleh dilihat di sebalik idea di atas ialah

Bersangka baik apabila ditimpa sesuatu
dan 
Rendahkan ego apabila ditegur (berlapang dada)

Bukan mudah untuk dilakukan
Juga bukan mustahil. 


***
Jom baiki diri, jadi lebih baik dalam komunikasi dengan manusia seharian.

Mencontohi peribadi Rasulullah yang sangat menawan hati
Lihat muka Baginda sahaja, hati sudah terpaut.
Kalamnya penuh hikmah 
Tidak menyakiti hati-hati orang mukmin
Pandangannya penuh rahmat

Allah..Allah. 
'...muhammadun...muhammadun, basyaru la kal basyari...'
'muhamadun..muhammadun...bal hua kal, bal hua kal, ya kuthi bainal hajari...'
Muhammad, manusia yang bukan seperti manusia
Muhammad, bahkan dia seperti mutiara di antara batu-batu..'


*Terima kasih buat anda yg menjadi terbaik buat diri ini.

>afnadz hanif
120314
11:21 am

Sunday, 2 March 2014

Jangan jatuh dalam lubang!

Allah tak jadikan kita betul dalam setiap tindakan yang kita lakukan supaya kita dan orang lain boleh belajar dengan kesilapan yang kita lakukan. Dia juga tidak jadikan kita hebat dalam semua perkara, supaya kita belajar menghargai apabila kita mendapat sesuatu.

Jadi, bila kita dah terjatuh dalam satu lubang.. Pacakkan signboard 'HATI-HATI. ADA LUBANG. JANGAN SAMPAI ANDA PUN JATUH KE DALAM LUBANG NI MACAM SAYA' supaya orang lain tidak mengulangi kejatuhan dan rasa sakit macam apa yang kita rasa. Rasionalnya, bila ramai yang sakit ramai yang perlukan rawatan. Jadi, siapa lagi yang tinggal??

Jangan sampai jatuh lubang yang sama dua kali dan jangan biarkan sahaja orang lain juga turut terjatuh. Berbahagialah juga bila kita terjatuh kerana mungkin ianya sumber kekuatan orang lain, bila kita bangkit kembali dengan bergaya.. ( Siti Umairah Othman, 2012)


#nota yang pendek tetapi memberi inspirasi kepada saya. syukran YDP. ^^.

*26 Oktober 2012

Jangan pandang remah pada DOA!

Sebut pasal doa. Saya ada seorang sahabat yang sangat gemar meminta doa dari orang lain. Dengan sesiapa pun, ustaz, guru, kawan lama hatta dengan pembantu di stesen minyak. Saya ingat lagi ketika kami berjalan raya tahun lepas, dia turun dari.kereta untuk membuat bayaran dan sementara menunggu minyak penuh dia bercakap seperti kenalan lama dengan makcik pembantu stesen minyak tersebut. Apa yg dibualkan saya pun tak pasti. Namun, riak muka mak cik itu gembira. Pantang bertegur dan bersembang, akhir kalamnya pasti dia selitkan ayat ini.

'Doakan sey cik, sey belaja laie'.

'Doakanlah sey....'. Loghat nogori.

Ya, dia memang baik budi. Saya menghormatinya kerana budinya yg cukup luhur. Rendah hatinya meminta doa dan keberkatan dari orang lain. Sedikit pun tidak memandang hina, bahkan merasakan dirinya memerlukan bantuan dari orang lain.

Kuasa doa yg sgt ampuh, kita tidak tahu doa siapa yg dimakbulkan Allah. Kita tidak tahu doa siapa yang terus di angkat ke hadrat Allah tanpa hijab. Boleh jadi, hanya bekerja sebagai tukang sapu tetapi hubungannya dengan Allah cukup hebat. Boleh jadi, hanya sebagai driver, solatnya taat di awal waktu berjemaah di masjid! Hebat.

Jadi, jgn pernah memandang hina kepada mereka yg profesionnya lebih rendah dari kita. Hormat dan layani semua orang dengan cara yg kita mahu dilayani. Pasti dgn cara yg baik bukan? Kemudiann, jgn malu untuk berdoa walau ia sekecil-kecil perkara. Berdoalah kepada Allah dengan rendah hati. Mohonlah keberkatan doa dari orang2 yg soleh, terutamanya ibubapa dan guru-guru kita.


~Sesungguhnya dalam kehidupan ini, KEBERKATAN dan KEAMPUNAN yg aku cari. Bantu aku tika aku futur dan terasar~

Ajaibnya!

"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur, maka kebaikan baginya. Sekiranya dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar, maka kebaikan baginya." (HR Muslim)

-----

Teringat pantun sahabat semasa kami bertarbawi bersama;

Nak jadi mujahidah,
Kena bermujahadah,
Kerana syurga itu sangat-sangatlah indah!

Saya sedang bersabar.
Sabar sebab apa?

Banyak.

dengan diri sendiri,

sistem,

kerja dan tanggungjawab,

perasaan,

masa lapang,

orang lain,

keinginan dan harapan,

orang atasan,

orang bawahan,

and so on.

I wish I can learn everything.


# Orang mukmin itu Ironman!

Smile :)

*re-post dari blog lama.