murabbitun

murabbitun

Sunday, 2 March 2014

Jangan jatuh dalam lubang!

Allah tak jadikan kita betul dalam setiap tindakan yang kita lakukan supaya kita dan orang lain boleh belajar dengan kesilapan yang kita lakukan. Dia juga tidak jadikan kita hebat dalam semua perkara, supaya kita belajar menghargai apabila kita mendapat sesuatu.

Jadi, bila kita dah terjatuh dalam satu lubang.. Pacakkan signboard 'HATI-HATI. ADA LUBANG. JANGAN SAMPAI ANDA PUN JATUH KE DALAM LUBANG NI MACAM SAYA' supaya orang lain tidak mengulangi kejatuhan dan rasa sakit macam apa yang kita rasa. Rasionalnya, bila ramai yang sakit ramai yang perlukan rawatan. Jadi, siapa lagi yang tinggal??

Jangan sampai jatuh lubang yang sama dua kali dan jangan biarkan sahaja orang lain juga turut terjatuh. Berbahagialah juga bila kita terjatuh kerana mungkin ianya sumber kekuatan orang lain, bila kita bangkit kembali dengan bergaya.. ( Siti Umairah Othman, 2012)


#nota yang pendek tetapi memberi inspirasi kepada saya. syukran YDP. ^^.

*26 Oktober 2012

Muhasabah amilin

Dalam menjayakan sesuatu program mahupun acara, kita pastinya bertungkus-lumus menyiap segala persiapan, merancang itu dan ini, membuat Grand Master Plan (GMP), mengerah tenaga, dan bersengkang mata.

Pendek kata, macam nak buat majlis kahwin, pasti siap segala. Mata kalau tengok, nak 'smooth' ja semua. Majlis mesti berjalan lancar mengikut perancangan mak pengantin. Hehe.

Usaha itu memang bagus. Semuanya ialah keperluan. Namun, kita perlu renungkan beberapa perkara. Adakah majlis yang kita rancang menepati syariat yang digariskan Islam? Manfaatkan acara ini untuk umat Islam?

Contoh persiapan dari sudut ruhiyyahnya, bagaimana pula persiapan ruhiyyah kita sebagai pelaksana? Terjaga solat kita tatkala bertungkus-lumus menyiapkan kerja, bermesyuarat, ikhtilat dan sebagainya. Sejauh mana doa dan tawakal kita kepada Allah. Kita hanya merancang, Allah jua menentukan baik buruknya.

Pendek kata, majlis perkahwinan bukan setakat tempah kanopi, pinggan mangkuk, nasi minyak, ayam sambal, panggil tok kadi, kenduri malah pengantinnya mesti sudah lengkap ilmu rumah tangga di dada. Tak gitu? ^^.


#Muhasabah kembali tatkala tarikh program kian hampir. Doakan selamat.

*18 Disember 2012

Putaran Kehidupan

Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi

Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang bertimpa
Kau kecewa derita sengsara

Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup ini
Putarannya tersendiri

Hentikanlah air matamu
Biarkanlah kisah duka itu berlalu
Mendung hari takkan selalu
Sinar bahagia, oh pastikan kau ketemu

Oh pastikan kau ketemu..

Putaran Kehidupan: Firdaus.


#dengar banyak kali, best!

Resepi dari mentor

Resipi serunding ikan bilis
perkongsian dari Ustazah Sofiah Mohamed.

600 gram ikan bilis (basuh dan dikisar )
Secawan cili kering yang telah dikisar
Secawan air asam jawa
Secawan bawang goreng (buatan sendiri, bawang merah kecil dihiris halus nipis dan goreng)
Secawan minyak masak

Cara penyediaan:-

1. Panaskan minyak masak.
2. Selepas minyak panas, goreng cili sehingga garing dan tambahkan sesudu gula.
3. Masukkan ikan bilis. Masakkan sehingga kering sikit.
4. Masukkan air asam jawa.
5. Gorengkan sehingga kering seperti serunding

6. Masukan bawang goreng dan siap untuk dihidang.

Jangan pandang remah pada DOA!

Sebut pasal doa. Saya ada seorang sahabat yang sangat gemar meminta doa dari orang lain. Dengan sesiapa pun, ustaz, guru, kawan lama hatta dengan pembantu di stesen minyak. Saya ingat lagi ketika kami berjalan raya tahun lepas, dia turun dari.kereta untuk membuat bayaran dan sementara menunggu minyak penuh dia bercakap seperti kenalan lama dengan makcik pembantu stesen minyak tersebut. Apa yg dibualkan saya pun tak pasti. Namun, riak muka mak cik itu gembira. Pantang bertegur dan bersembang, akhir kalamnya pasti dia selitkan ayat ini.

'Doakan sey cik, sey belaja laie'.

'Doakanlah sey....'. Loghat nogori.

Ya, dia memang baik budi. Saya menghormatinya kerana budinya yg cukup luhur. Rendah hatinya meminta doa dan keberkatan dari orang lain. Sedikit pun tidak memandang hina, bahkan merasakan dirinya memerlukan bantuan dari orang lain.

Kuasa doa yg sgt ampuh, kita tidak tahu doa siapa yg dimakbulkan Allah. Kita tidak tahu doa siapa yang terus di angkat ke hadrat Allah tanpa hijab. Boleh jadi, hanya bekerja sebagai tukang sapu tetapi hubungannya dengan Allah cukup hebat. Boleh jadi, hanya sebagai driver, solatnya taat di awal waktu berjemaah di masjid! Hebat.

Jadi, jgn pernah memandang hina kepada mereka yg profesionnya lebih rendah dari kita. Hormat dan layani semua orang dengan cara yg kita mahu dilayani. Pasti dgn cara yg baik bukan? Kemudiann, jgn malu untuk berdoa walau ia sekecil-kecil perkara. Berdoalah kepada Allah dengan rendah hati. Mohonlah keberkatan doa dari orang2 yg soleh, terutamanya ibubapa dan guru-guru kita.


~Sesungguhnya dalam kehidupan ini, KEBERKATAN dan KEAMPUNAN yg aku cari. Bantu aku tika aku futur dan terasar~

Pilihanraya Kampus

Ye..memang betul nak pilih pemimpin kena pilih yang mampu MENYERU KEBAIKAN..membawa Islam.

Tapi kena ingat juga pilih pemimpin yang mampu MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Sebab apa?
Sebab tertegaknya Islam dengan runtuhnya Jahiliyah.

Means, maaruf yang perlu dilaksanakan mesti selari dengan mungkar yang mesti dihapuskan.

Got it?
Apa guna pemimpin yg tidak mampu menegur dosa kesalahan org bawahannya. Fikir-fikirkan.

To my roomate: Selamat 'Bermanifesto' malam ini. Ingat, redha Allah lebih utama dari redha manusia.

Apa guna jika seluruh umat manusia redha kepadamu sedangkan Allah murka. Nauzubillah.

Teruskan perjuangan utk bawa Islam di kampus.

Dan kepada semua calon, antum memg terbaik. Tugas ini lebih berat atas kita.




Harapan & doa
:)

Ilmu dan penyakitnya

Ustazah pesan supaya sentiasa bawa buku kecil dalam beg untuk tulis apa sahaja ilmu yg kita dapat setiap hari.

Ilmu ibarat haiwan buruan di dalam karung, jika tidak diikat, ia akan lari. Jadi, ikatlah dengan pena.

Manusia mudah lupa. Lupa ialah penyakit dan sgt menyakitkan. Kan?
:)

Peringatan Urusan Dunia

"...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."
(mafhum riwayah).

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...

Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita..
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...

Kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

Sahabat yang ku sayang..
Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.

Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia.

Ketahuilah wahai sahabat
Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibuk kan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.

Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami...
Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu.

Aamiin."

* Copy & Paste
ingat mengingatkan utk diri sendiri dan sahabat.

Bahtera Penyelamat

Bahtera Penyelamat utk Para Duat (Fathi Yakan). Bhgian 4, Bahtera zikrullah.

Bahtera ini dpt mnyelamatkan seseorg dari tenggelam dan hanyut dlm ragu2, was2, bimbang, tidak tenteram dan beberapa penyakit jiwa yg lain.

Zikrullah dpt memberikan rsa damai, yakin dan gembira dlm jiwa seseorg. Juga menampilkan keberanian dan semangat juang krn org mukmin itu merasakan Allah ada bersamanya.

Lumrahnya, perasaan ini (keberanian&smangat juang) akan terbitkan daya juang dan tekad yg hebat utk hadapi cabaran, mghadapi segala rintangan dgn jiwa yg tabah, percaya pd diri dan bersikap tenang. Ia amat penting kerana syaitan (musuh yg nyata) suka menyelinap ke dlm jiwa seseorg yg takut & gentar dan sebarkan dakyahnya yakni sifat prasangka dan was2. Nauzubillah.

Surah az Zumar ayat 22. 'Apakah orang yg dibukakan Allah hatinya untuk (menerima Islam lalu ia sentiasa dlm cahaya bimbingan) tuhannya sama dgn org yg membatukan hatinya? Maka celaka besarlah org2 yg telah membatu utk mengingati Allah. Mrk sebenarnya dlm kesesatan yg nyata.'

Subbanallah wabihamdihi, subhanallahilazhim. Wallahu a'lam.

*nota lama dalam hp.

Memahami Kesabaran

Sabar dalam bersabar : nota tanyalah ustaz
Dr aminurrasyid Yatiban

Erti Sabar
- Bahasa : menahan diri dari sesuatu perkara
- Allah menyuruh kita bersabar dengan berterusan

Soalan : Benarkah sabar itu ada batas? Dimanakah batasnya?
- sabar sepatutnya tiada batas
- tapi bersabar bukan mengalah

Soalan : Adakah kita perlu bersabar dalam setiap keadaan?
Ada masa kita perlu buat keputusan dengan cepat?
- Allah dan Rasul menyuruh sabar walaupun dalam keadaan genting
- contoh: Nabi berdepan dengan penduduk Taif yang menyerang baginda, nabi hanya sekadar berdoa 'berilah petunjuk kpd kaum ku, sesungguhnya mereka tidak tahu'
- jgn tergopoh gapah sekalipun keadaan genting
- sabar dan rehat supaya akal yang baik dpt digunakan

Soalan : Bagaimana Islam memandang sifat sabar kerana jika terlampau bersabar, nanti org pijak kepala?
- jgn berniat untuk balas dendam kepada orang yang pijak kepala kita itu
- doakan agar hatinya lembut
- nabi pernah diancam bunuh oleh Suraqah tetapi baginda hanya berdoa dan memohon perlindungan dari Allah (search gelang raja parsi)

Soalan : Bukan semua orang boleh bersabar dengan ujian bertimpa-timpa. Apa tips untuk terus bersabar?
- meletakkan nilai kehambaan yang sebenar kepada Allah
- seruan Allah untuk sabar adalah kepada org yg beriman 'ya ayyuhal lazina amanu'. Jadi orang yang beriman insya Allah akan bersabar.
- cuba untuk menyempurnakan nilai bersabar dalam keadaan berjemaah (disebut sobirin dalam ayat quran menunjukkan sekumpulan orang yang sabar) - kongsilah dengan orang yang lain jika ada ujian

Soalan : Adakah kaitan sabar, solat dengan iman? At Taghabun : Allah suruh bersabar dengan pasangan?
- memang sangat berkaitan ketiga itu
- minta tolong dari Allah dengan sabar dan solat
- kualiti sabar terbaik adalah dengan beriman, solat
- kalau ada masalah, solat dulu bersama2, sentuhan bersalaman selepas solat insya Allah akan melembutkan hati masing2
- satukan hati2 kita suami isteri
- semakin intim kita dengan Allah, semakin Allah akan tunjukkan jalan untuk selesaikan masalah (wahdina subulana)

Soalan : Apakah petua atau doa untuk bersabar supaya tidak jadi perkara buruk?
- sabar adalah anugerah dari Allah, tapi ia perlu dicari dan dimantapkan
- jangan berdoa tapi tidak faham apa yang kita baca
- boleh sekadar 'ya Allah kurniakan kepada kami kesabaran kpd kami dan orang disekeliling kami'
- kuasa doa dan sabar akan menundukkan org kepada kita
- seorang wanita yahudi selalu letak duri di jalan nabi tapi Nabi hanya mendoakan dan menziarahi wanita tu bila sakit dan akhirnya wanita itu insaf
- allahummaj'alna minattawwabiin, waj'alna minassobirin

Soalan : Bagaimana nak buat dgn orang yang terlampau benci dengan kita?
- sebut nama org yg benci sangat dengan kita di dalam doa. Teruskan bersabar dan terus buat kebaikan.

*sharing dari sahabat

Ukhwah

lewat kelmarin kedengaran

'aku naikkan mu, mu naikkanku'

begitulah amanat terakhir seorang sahabat seperjuangan tentang kepentingan 'ukhwah' dalam dakwah dan kehidupan.

saya tertarik dengan bait itu seketika, entah mengapa. baru tersedar agaknya.

:)

kerana ukhwah itu...

walau jauh, rasa dekat

walau susah, rasa senang

walau perit, rasa tenang

walau pahit, rasa manis

saling menguatkan

saling membantu

dan


merasakan dia sebahagian dari aku!

*re-post dari blog lama

Ajaibnya!

"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur, maka kebaikan baginya. Sekiranya dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar, maka kebaikan baginya." (HR Muslim)

-----

Teringat pantun sahabat semasa kami bertarbawi bersama;

Nak jadi mujahidah,
Kena bermujahadah,
Kerana syurga itu sangat-sangatlah indah!

Saya sedang bersabar.
Sabar sebab apa?

Banyak.

dengan diri sendiri,

sistem,

kerja dan tanggungjawab,

perasaan,

masa lapang,

orang lain,

keinginan dan harapan,

orang atasan,

orang bawahan,

and so on.

I wish I can learn everything.


# Orang mukmin itu Ironman!

Smile :)

*re-post dari blog lama.

Harapan

Persoalan.
Pernahkan kita merasa marah atau pedih pabila suatu yang kita rencanakan tidak menjadi seperti yang kita harapkan? Contohnya, rancangan untuk pergi bercuti terpaksa dibatalkan kerana ibu bapa tidak mengizinkan padahal rakan-rakan telah kita maklumkan atau berlaku ‘miss-communication ‘ semasa mengendalikan sesebuah program lalu ia tidak menjadi sempurna seperti yang kita harapkan. Mahupun lewat menghantar tugasan sebagai pelajar pada masa yang telah kita jangkakan kerana laptop dijangkiti virus atau file hilang.

‘Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu maka ia adalah dari tangan-tangan kamu sendiri (dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian dosa-dosa kamu. [as-Syura 26:30]

Berasa marah? Tidak puas hati? Manakan tidak. Segala usaha, kerahan tenaga, masa dan idea dikerahkan untuk melaksanakannya. Namun ianya tidak menjadi. Puas kita berfikir dimanakah silapnya. Siapakah yang menggangu perancangan kita. Mencari-cari di manakah jalan penyelesaian agar semuanya mengikut apa yang kita rencanakan.

Namun, sedarkah kita kepada siapa marah tadi kita hamburkan? Bukankah kepada Yang Maha Berkuasa atas segala? Sekalipun kegagalan tadi merupakan kesalahan yang dilakukan oleh salah seorang pekerja atau rakan kita namun lupakah kita bahawa Yang Maha Agung mencaturkan segalanya. Mana mungkin sesuatu yang berlaku itu tanpa pengetahuan Yang Maha Melihat dan Mendengar. Itulah manusia, hamba yang sering khilaf lagi alpa.

Sehebat mana pun manusia, pasti ada kelemahannya. Se’genius’ manapun manusia itu, pasti ada ketikanya dia membuat kesalahan. Manusia hanya hebat jika meletakkan keyakinan dan tawakal kepada Allah sebagai paksinya.

 ‘Mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah ialah sebaik-baik perancang.’[ali Imran 3: 54]

***
Bersyukurlah kita jika pernah mengalami keadaan sedemikian kerana Allah ingin menyedarkan kita bahawa hanya Allah yang layak menentukan segalanya, bukan manusia. Allah ingin menegur kita bahawa hanya kepada Allah kita meletakkan tawakal setelah berusaha. Allah ingin mengingatkan kita bahawa kejayaan itu kurniaan Allah, bukan atas usaha manusia semata. Allah juga sedang memandang kita kerana Allah tidak pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya. Yang terbaik itu hanya dalam pengetahuan takdir Allah.

                ‘ …dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik dari kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya.’ [al Baqarah 2: 216]

Setelah itu, pasti Allah akan memberikan jalan kepada permasalahan yang kita hadapi. Jika kita tetap tenang dan yakin bahawa Allah Yang Berkuasa atas segalanya, nescaya pertolongan Allah itu pasti datang dalam apa jua cara.

                ‘ Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.’ [al Insyirah 94: 6]

Yakin (taqwa) dan percaya (tawakal). Itu tugas kita sebagai hamba. Yang lainnya, akan Allah cukupkan bagi kita. InsyaAllah.

‘ …Barang siapa yang bertaqwa kepada jalan Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan dia memberikan rezaki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapabertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu. [at Thalaq 62: 2&3]

***
Walaupun begitu, takdir Allah tidak menjadi asbab bagi manusia untuk tidak melakukan apa-apa. Sungguhpun takdir kita telah tercatat di atas sana, namun lupakah kita bahawa Allah telah pun berfirman.

                ‘ Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri. Dan apabila Allah menngkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum maka tidak ada ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. [ar Radd 13: 11]

Dan, kita masih ada doa. Doa itu senjata orang mukmin.

‘Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka): Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepad-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman dengan-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul. [al-Baqarah 2: 186]

Kita masih ada harapan, selagi menghembuskan nafas dalam keimanan dan ketaatan.

afnadzhanif

140612:1.11 pm

*artikel ini saya tulis suatu ketika dahulu untuk MyFityan.com.

memoir

Jangan malu untuk berubah,

Jangan takut untuk ditegah,

Jangan sombong dengan tarbiyah,

Buka hati untuk digubah,

Tenangkan jiwa  untuk diredah,

Tambah ilmu untuk berhujah,

Amal ibadah mesti istiqomah,

Hidup jama'ah jangan bercapah,

Ukhuwwah Islamiyah selalu dicambah,

Jagalah hatimu untuk ALLAH....

~hidayah Allah mahal nilainya....
290511:Dinihari.
dari saya untuk saya.