murabbitun

murabbitun

Sunday 5 July 2015

Hambatan Masa

PENGURUSAN MASA BUDAK-BUDAK
2005 ketika saya di Tingkatan 1, saya belajar teori dan praktikal tentang pengurusan masa. Guru pertama saya ialah mama saya.
Memasuki sekolah berasrama memang merisaukan saya kerana semua perkara perlu diurus sendiri. Saya tidak mahu didenda sebab lambat, tambahan pula di minggu orientasi dan saya memang tidak suka dimarahi. Jadi, saya perlu lakukan sesuatu.
Merisaukan lagi apabila melihat para senior yang baik-baik belaka, stail macam ustazah dah walaupun baru berada di Senawi 2 dan 3. Takut dan menyegani mereka.
Teringat perbualan ringkas bersama mama tika itu memberikan beberapa tips ringkas untuk menguruskan masa dengan baik di peringkat permulaan.
'Singkatkan masa makan..'
'Gosok baju dengan cepat, kau gosok baju mama tengok lambat..'
'Jangan lama-lama dekat toilet..'
Seminggu berorientasi, saya aplikasikan 3 tips dengan sebaiknya.
Selesai riadah jam 6 petang, saya pastikan saya akan berada di barisan hadapan semasa beratur mengambil makanan di dewan selera dan saya makan cepat-cepat. Tak pandang kiri kanan dah.
Selesai makan, terus bangun mengambil baldi dan ke tandas untuk membersihkan diri. Fuhh, peluh jangan cakap, makanan pun tidak sempat hadam rasanya. Kami dikehendaki untuk ke musolla jam 7 petang. Hanya dalam masa 1 jam saya perlu selesaikan semuanya, bersesak dengan penghuni asrama yang lain dan saya baru mengenal kehidupan asrama! Mujur ada kakak dorm yang membantu.
Paling mengecewakan, selepas mandi pun masih berpeluh. Mandi peluh pula.
Selesai mengurus diri, pergi musolla. Kalau cepat, bahagia. Kalau selalu lewat, nama diambil dan akan di'aim' sebagai budak yang selalu pergi musolla lambat. Habislah dunia selepas itu...
***
KINI
Saya dihambat masa kini. Akibat beberapa perubahan kurikulum, beberapa perancangan akademik dirombak semula. Semuanya diawalkan. Paling merunsingkan kepala ialah AR yang perlu diselesaikan dalam masa lebih kurang 2 bulan dan masih banyak yang tidak selesai. Segalanya mahu segera kini.
Dalam merancang kembali pengurusan masa saya di semester ini, terimbas kembali kisah pembelajaran pertama saya tentang pengurusan masa. Manis terasa betapa saya cuba merealisasikan tips mama walaupun kadangkala tergelincir juga.
***
MAMA BAGI TIPS LAGI
Saya yakin sahabat lain juga dihambat masa. Walau apa jua dateline yang dikejar, bersabarlah dan teruskan dengan fokus kita. Bak kata mama, 'buat perlahan-lahan, nanti siaplah.'
Untuk kali ini, mama beri tips juga kepada saya.
'Pukul 11 malam tidur dan bangun pukul 4 pagi. Dapat satu jam setengah pukul 4 sampai 5.30 ok dah tu untuk buat tugasan. Idea waktu tu memang bernas...'
Saya senyum sahaja, memang stail mama macam tu. Tidur awal dan bangun awal. Moga saya gigih merealisasikan tips mama temph hari sebagaimana saya gigih merealisasikan tips waktu Tingkatan 1 dahulu. Hoyeah!
Buat masa sekarang, apa yang saya pasakkan dalam kepala saya ialah masa bukan milik saya, saya tiada masa dan saya tidak boleh buang masa dengan duduk tanpa berbuat apa-apa. Itu tips dari saya. Haha. Sekian.

***Tidak tahu mengapa setiap kali saya ada banyak kerja, pada masa itulah idea dan semangat untuk menulis datang macam hujan. Layankanlah, rasa rugi bila idea ada tetapi tidak dicoret. Terima kasih ziarah blog ngok ngek saya.

AfNadz Hanif
6.7.15
10.00 am

No comments:

Post a Comment